Wednesday 26 April 2017

Customs Malaysia

27 April 2017, 30 Rejab 1438H

Temuduga Penguasa Kastam WK41





  1. Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif,
  2. Membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan,
  3. Memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen,
  4. Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen,
  5. Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pengutan cukai jualan/perkhidmatan.
  6. Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan,
  7. Memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam,
  8. Memproses permohonan remisi cukai,
  9. Menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan.
  10. Bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah, dan
  11. Menjalankan lain-lain tugas penguatkuasaan.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia
Dato' Indera Subromaniam Tholasy
Perkhidmatan Kastam Bertaraf Dunia

MISI
Memungut hasil dan memberi fasilitasi perdagangan melalui penguatkuasaan dan pematuhan undang-undang bagi memacu pertumbuhan ekonomi,memelihara keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

ETIKA PERKHIDMATAN
Amanah Berkhidmat Ikhlas Dedikasi (A.B.I.D.)
SLOGAN
Berkhidmat Menyejahterakan Rakyat

NILAI BERSAMA (i-SPEED)
Integrity - Integriti
Speed - Pantas
Professional - Profesional
Efficient - Cekap
Effective - Berkesan
Dynamic - Dinamik

Fungsi dan Peranan JKDM


  1. Pungut hasil negara 
    1. Cukai 
      1. Duti Import 
      2. Duti Eksport
      3. Duti Eksais / Cukai Jualan
      4. Cukai Perkhidmatan
    2. Duti kastam
  2. Beri fasilitasi kepada sektor perdagangan dan perindustrian
    1. Kemudahan dalam bentuk insentif dan fasilitasi kepada sektor perindustrian dan perdagangan,
    2. Tujuan: Menjana ekonomi negara selaras dengan perubahan dasar kerajaan yang lebih utamakan sektor perindustrian   
  3. Pastikan pematuhan perundangan
    1. JKDM ada kuasa untuk laksanakan peruntukan undang-undang di bawah:
      1. Akta Kastam 1967
      2. Akta Cukai Jualan 1972
      3. Akta Cukai Perkhidmatan 1975
      4. Akta Eksais 1976
      5. Akta Zon Bebas 1990
      6. Perundangan Subsidiari Berkaitan
  1. Bahagian Penguatkuasaan
  2. Bahagian Pengurusan Pematuhan
  3. Bahagian Perkastaman
  4. Bahagian Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP)
  5. Bahagian Perkhidmatan Teknik
  6. Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
  7. Bahagian Perancangan Korporat
  8. Bahagian Perundangan
  9. Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL)
  10. Bahagian Teknologi Maklumat
  11. Cawangan Integriti





  • Berkuatkuasa 1 April 2015, Sales and Services Tax (SST) 16% dimansuhkan dan diganti dengan Goods and Services Tax (GST) sebanyak 6%. 
  • Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) atau GST:
    • CBP juga dikenali sebagai VAT (value added tax) atau cukai nilai ditambah di kebanyakan negara adalah cukai pelbagai peringkat penggunaan barangan dan perkhidmatan.
    • CBP dikenakan ke atas bekalan barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian bekalan daripada pembekal sehingga peringkat peruncit. Walaupun CBP dikenakan di setiap peringkat rantaian bekalan, elemen cukai tidak menjadi sebahagian daripada kos produk kerana cukai input boleh ditolak oleh perniagaan di langkah seterusnya dalam rantaian bekalan.
    • CBP adalah cukai kepenggunaan yang meluas meliputi semua sektor ekonomi iaitu semua barang dan perkhidmatan yang dibuat di Malaysia dan  diimport kecuali barang dan perkhidmatan tertentu yang dikategorikan di bawah perintah pembekalan berkadar sifar dan perintah pembekalan dikecualikan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan dan disiarkan dalam Warta.
    • Asas utama CBP adalah ciri-ciri kawalan kendiri (self-policing) yang membolehkan perniagaan untuk menuntut kredit cukai input mereka secara automatik dalam sistem perakaunan mereka. Ini memudahkan prosedur-prosedur pentadbiran bagi pihak Kerajaan dan juga peniaga. Oleh itu, sistem penyampaian Kerajaan dapat dipertingkatkan lagi.
    • Kita perlu membayar cukai supaya kerajaan boleh membiayai pembangunan sosio ekonomi termasuk menyediakan infrastruktur, pendidikan, penjagaan kesihatan, kebajikan dan keselamatan negara dan lain-lain.
    • Sejak beberapa dekad yang lalu, telah menjadi trend di seluruh dunia untuk memperkenalkan sistem CBP berperingkat. Hari ini, hampir 90% penduduk dunia hidup dalam negara dengan CBP, termasuk China, Indonesia, Thailand, Singapura dan India.
  • CBP berkadar standard:
    • Cukai yang dikenakan ke atas semua pembekal dan pengguna.
    • Barangan: perabot
    • Perkhidmatan: hotel, dan semua perkhidmatan yang melibatkan pengguna di Malaysia.
    • Pembekalan berkadar standard adalah barang dan perkhidmatan yang dikenakan CBP pada kadar standard. CBP dipungut oleh perniagaan dan dibayar kepada Kerajaan. Mereka boleh menuntut kembali kredit pada input mereka. Jika cukai input mereka adalah lebih besar daripada cukai output, mereka boleh menuntut kembali perbezaan tersebut.
    • Bagaimana CBP dikenakan di setiap peringkat rantaian pembekalan berkadar standard:
  • CBP berkadar sifar:
    • Melibatkan barang asas seperti hasil ternakan, perikanan, sayuran, minyak masak, gula dan sebagainya.
    • Ini adalah bekalan yang dikenakan cukai yang tertakluk kepada kadar sifar. Perniagaan adalah layak untuk menuntut kredit cukai input dalam memperolehi bekalan ini, dan mengenakan CBP pada sifar kadar kepada pengguna
    • Bagaimana CBP berfungsi pada bekalan berkadar sifar:


  • CBP yang dikecualikan: Senarai barang yang dikecualikan CBP:
    • Jual beli dan sewa rumah kediaman
    • Perkhidmatan kewangan terpilih
    • Bekalan air paip & 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna,
    • Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan:
      • Pengeluaran pasport, 
      • Perkhidmatan kesihatan,
      • Pembelajaran di sekolah
    • Perkhidmatan pengangkutan:
      • Bas
      • Keretapi
      • LRT
      • Feri
      • Bot
      • Tol lebuhraya
    • Ini adalah pembekalan tanpa cukai yang tidak tertakluk kepada CBP. Perniagaan tidak layak untuk menuntut kredit cukai input dalam memperolehi bekalan ini, dan tidak boleh mengenakan cukai output kepada pengguna.
    • Bagaimana CBP berfungsi pada pembekalan dikecualikan:
    • Bantuan kerajaan kepada pengguna:
      • Bantuan tunai kepada penerima BR1M
      • Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3% untuk semua pembayar cukai.
    • Bantuan kerajaan kepada peniaga:
      • Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
      • Mulai tahun taksiran 2015: cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus dan potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai
      • Mulai tahun taksiran 2014 & 2015: potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT.

    Perundangan dan Panduan
    1. Akta CBP 2014
    2. Akta Kewangan 2017
    3. Akta Kewangan 2015
    4. Rang Undang-undang 2015

    Issues in GST



    Untuk calon, in berita TERKINI
    16 APRIL yang lalu. Baca ya.

    Ada yang kena soalan ni. Kalau
    tak boleh jawab memang maknanya 
    tak baca suratkhabar + TAK PEKA
    dengan kastam.

    ==============
    Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan meminda Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 berhubung kesalahan seperti menyimpan, mengangkut, menghantar, mengedar, menyorok, memiliki dan menjual rokok atau minuman keras belum lulus Kastam.

    Denda kesalahan dinaikkan kepada minimum RM100,000 atau 10 kali nilai duti atau cukai atau mana yang lebih tinggi.

    Ketua Pengarah JKDM, Datuk Indera Subromaniam Tholasy berkata, sebelum ini, pesalah hanya dikenakan denda minimum 10 kali atau maksimum 20 kali nilai barang rampasan. 
    =================

    Denda dikenakan kebiasaannya RM2,000 ke RM3,000 dan mudah dibayar. 

    Dengan pindaan akta ini, denda minimum RM100,000 sedang menanti walaupun didapati menjual sekotak rokok belum lulus Kastam

    Simpan point ini ya. Kalau kalau ditanya nanti oleh penemuduga :)

    kot ada yg dapat IV,
    standby 
    -sejarah
    -akta
    -isu semasa
    -nama agensi dan jab. gov BM dan BI

    All da best

    References:
    1. Kastam Di Raja Malaysia, http://www.customs.gov.my/front.html , viewed 27th April 2017.
    2. Akta CBP 2014, http://gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_bill.aspx, updated 2nd July 2014.
    3. Deskripsi Tugas Penguasa Kastam WK41, http://www.spa.gov.my/deskripsi-tugas/ijazah/1883, viewed 27 April 2017.