Tuesday 15 August 2017

Tomyam

15 Ogos 2017


Tomyam

Bahan-bahan:
Bawang Besar - dikisar
Cili padi - dikisar
Halia - dikisar
Lengkuas - dikisar
Serai - dikisar
Pes Tomyam
Daun Limau Purut
Kubis Bunga
Anak Jagung
Lobak Merah
Batang Saderi
Cendawan
Tomato
Cili Padi - diketuk
Bawang Besar - belah 4
Limau Nipis - diperah
Ayam atau Seafood*
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak untuk menumis.
  2. Tumis bahan kisaran sehingga kekuningan.
  3. Masukkan Pes Tomyam, Daun Limau Purut dan Ayam.
  4. Masukkan Air, Kubis Bunga, Anak Jagung, Lobak Merah, Batang Saderi, Cendawan, Tomato, Cili Padi yang diketuk dan Bawang Besar yang dibelah empat.
  5. Perah Limau Nipis.
  6. Biarkan air mendidih dan sayur empuk.
  7. Masukkan garam secukup rasa.
*Jika gantikan ayam dengan seafood, masukkan seafood sebelum tomyam masak iaitu sebelum perasakan dengan garam.