Thursday, 1 November 2012

1 November

Alhamdulillah...

Hari ni genap 5 tahun aku berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia..aku mula mendaftar diri sebagai kakitangan awam di Jabatan Akauntan Negara pada 1 November 2007. Keesokan harinya, aku lapor diri di Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Putrajaya. Cousinku, Syazwan yang menemani aku ke KL. Tak lama lepas tu, dia plak dapat keja di AADK. Alhamdulillah...

Tempoh khidmat aku di SPR hanya 1 tahun 2 bulan sahaja sebelum aku ditawarkan jawatan bertaraf diploma di Jabatan Audit Negara pada 4 Januari 2009 hingga sekarang. Masa berkhidmat di SPR, sempat merasa suasana PRU 12 pada tahun 2008. Walaupun aku bekerja di Unit Kewangan, tetapi aku terlibat dengan kerja menyemak kertas undi di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) KL. Masa tu, kitorg perlu kerja secara syif. Penah la dapat syif malam, balik pagi dengan pening2 lalat trus masuk ofis wat keja kewangan plak. Tapi yang bestnya dapat beramah mesra dengan kawan-kawan dari unit lain. Dari situ, mula kenal-kenal antara satu sama lain. Sampai sekarang, aku masih menghubungi bekas rakan sekerja, terutama Idayu.

Pengalaman berkursus semasa di SPR..banyak tempat yang best..masa mula lapor diri di sana, Unit aku sedang merancang kursus kewangan di The Legend Water Chalet kat Port Dickson..dapat gak la merasa dok hotel apartment yang best sangat2..haha

Selain tu, penah gak attend kursus anjuran SPR di Labuan, Grand Continental Langkawi, Grand Continental Terengganu..Selepas PRU-12, SPR buat kursus dan hari sukan SPR di UDM (dahulu dikenali KUSZA). Masa tu aku wakil zon KL sebagai reserve player netball..main dalam hujan lebat, tapi aku sempat jadi pom-pom girl je la..tak sempat ganti main pon, team aku dh jadi juara netball..hehe..best sangat..

Julai 2008, aku mula buat degree secara ePJJ di UiTM Shah Alam. Aku bersama-sama ngan staf SPR lain, Idayu & Kak Leen mula mendaftar di UiTM Shah Alam. Diorang banyak tolong aku especially dari segi logistic..hehe..thanks friends..

Tu la antara kenangan yang aku ingat semasa bertugas di SPR Putrajaya selama 1 tahun 2 bulan.. 

In memory...
SPR Putrajaya
1 November 2007 - 3 Januari 2009

Friday, 19 October 2012

Sara Homestay di Perlis

Sara Homestay <---- Klik di sini...

2 bilik tidur dilengkapi dengan penghawa dingin dan kipas.
2 bilik air/shower.
Peti sejuk, dapur, TV, mesin basuh dan perabot disediakan.

5 minit ke Politeknik Pauh
5 minit ke kampus induk UNIMAP
5 minit ke MRSM Ulu Pauh
10 minit ke Changlun/Kodiang, Kedah
15 minit ke UiTM Perlis
15 minit ke Matrikulasi Arau
20 minit ke bandar Kangar
20 minit ke Kuala Perlis
20 minit ke UUM Sintok, Kedah
25 minit ke Padang Besar
40 minit ke Wang Kelian

Berdekatan dengan kedai makan, kedai runcit, klinik, dobi, pasaraya C-Mart
Arau/Changlun, lebuhraya Changlun-Kuala Perlis, masjid dan pasar malam
(Khamis).

Hubungi saya untuk tempahan.


FAIZA

019-461 5921
sara.homestay@yahoo.com

Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru 2012

Assalamualaikum W.B.T.

First and foremost nak wish SELAMAT HARI GURU kepada semua guru/pendidik di dunia ni... everyday is a  teacher's day...

Mesti banyak pengalaman dan kisah kita nak share kan zaman sekolah...umur brapa korang mula masuk sistem pendidikan? well as for me, were as per below :

1990 - 1990 : Tadika Kemas Kubang Paya, Pauh, Perlis
1991 - 1996 : Sekolah Kebangsaan Pauh, Pauh, Perlis (UPSR)
1997 - 1999 : Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad, Arau, Perlis (PMR)
2000 - 2001 : Maktab Rendah Sains MARA, Beseri, Perlis (SPM)
2002 - 2006 : Universiti Teknologi MARA Arau, Perlis (Diploma in Accountancy)
2008 - 2012 : Universiti Teknologi MARA Shah Alam/Arau (BBA Finance)

Fuhhh, lama btol proses pembelajaran kan?? bukan senang nak mendidik dan terdidik..hehe..tanpa guru, hidup terumbang-ambing sebab takde pembimbing.. tugas guru bukan la mudah..nak mendidik anak murid sampai paham..nak mengajar anak murid dari buta huruf sampai celik huruf, fuhh mencabar tu..melayan kerenah anak murid lagi..kuat nanges la, gaduh kt skolah la..hish..macam2 hal kan..

Penghormatan kepada guru...semua guru harus di respect..x kira la dia ajar kita ke tak..semuanya harus dihargai..tanpa ilmu yang diorang curahkan, sapa la ktia ni kan... bila kita dh berkaya, jangan la plak sombong kepada guru kita tu..sebarkan ilmu yang kita dapat tu kepada orang lain pulak..

Pengalaman aku di sekolah, memang banyak..nak cerita satu persatu, amik masa ckit la...zaman sekolah aku dari kecik memang sentiasa menyeronokkan dan memberansangkan.. aku respect semua guru aku..tapi ada sorang guru yang aku memang respect sampai akhir hayat aku, ustaz masa sekolah rendah aku : Ustaz Abdul Haris Romli ...

Kenapa aku appreciate amat ngan ustaz ni?? well, Ustaz Haris ajar subjek Pendidikan Islam di SK Pauh masa aku darjah 3 sampai darjah 6..masa tu aku aktif dalam kelab muzik kt sekolah..wat show sana sini...(macam artis lak)..aku memang x close sangat ngn ustaz ni, malah aku amat takut ngan ustaz nih sebab dia amat garang..hoho..hari2 mintak kelas ustaz tak masuk kelas, sebab takut kena marah/denda..

Tapi bila dh besar ni, baru la aku paham, tugas seorang ustaz lebih dari mendidik anak muridnya dalam pelajaran Pendidikan Islam di sekolah..Malah, mendidik anak muridnya untuk melakukan amal ibadat yang sempurna dalam kehidupan harian..aku teringat lagi masa darjah 3 dulu, ustaz cukup tekankan pasal rukun Islam.. solat dan puasa memang menjadi kewajipan.. tapi ramai yang amik mudah kan? Alhamdulillah aku dididik oleh ustaz yang amat ambil berat perkara tu..masa tu, ustaz siap sediakan jadual 5 waktu solat bagi setiap minggu...

So parent kt umah kena pantau anak2, klau solat, tick kt jadual tu, klau x solat, pangkah je..nanti esoknya p kelas, ustaz akan check..sapa yang x solat tu, kena rotan la..masa tu memang takut ya amat..tapi takut kt ustaz, bukan takut kt Allah...dalam hati memberontak gak, "kenapa la ustaz ni garang sangat...biar la orang x nak solat pon..." hehe, well, tu fikiran masa umur 9 tahun..Alhamdulillah, bila difikirkan hikmahnya..aku sentiasa cuba sedaya upaya menjaga solatku, puasa dan lain-lain lagi..bukan kerana takutkan ustaz, tapi kerana takutkan Allah.. Alhamdulillah...

Ustaz, jasamu dikenang..semoga Allah akan memberi ganjaran atas usaha dan ilmu yang telah dicurahkan..kepada guru-guruku, aku doakan kalian sentiasa dirahmatiNya..takde kata-kata yang bleh menggambarkan betapa aku amat menyayangi dan menghargai guru-guruku..

Thank You So Much.....

Happy Teacher's Day ....

Thursday, 3 May 2012

Hotel di Perlis

Berikut adalah senarai hotel/motel/homestay yang terdapat di sekitar Perlis..

1. Putra Brasmana
    02000 Kuala Perlis
    Perlis
    Tel    : 04-985 5900
    Faks : 04-985 2900

2. Putra Palace
    135, Persiaran Jubli Emas
    01000 Kangar,
    Perlis
    Tel    : 04-976 7755
    Faks : 04-976 1049

3. Hotel Seri Malaysia
    Lot 8101 Mukim Utan Aji
    Persiaran Wawasan
    01000 Kangar
    Perlis
    Tel    : 04-977 1777
    Faks : 04-977 2777

4. Tasoh Lake Resort
    Lot 3082, Jalan Kaki Bukit
    Kampung Bukit Manik
    02200 Tasoh Lake
    Perlis   
    Tel    : 04-938 7186
    Faks : 04-938 1579

    104-B Persiaran Jubli Emas    
    01000 Kangar
    Perlis
    Tel    : 04-976 6288
    Faks : 04-976 6244

    Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
    Pauh Putra
    02600 Arau
    Perlis
    Tel    : 04-988 6259/6200
    Faks : 04-988 6300 

    No.27, 29, 31, 33, 35
    Jalan Dua, Komplek Tok Arau
    Jalan Arau - Kodiang
    02600 Arau
    Perlis
    Tel    : 04-986 6555/1001
    Faks : 04-986 6333

    96, Persiaran Jubli Emas
    01000 Kangar
    Perlis
    Tel    : 04-977 3188
    Faks : 04-976 8168

Wednesday, 18 April 2012

Dental Floss

Hi there,

Khamis minggu lepas, tetiba je saya rasa sakit gigi..So, saya gi cek di Klinik Pergigian Kangar (tempat yang paling nak elak)..

Jumpa Dr.Yeoh, dia cek, ketuk-ketuk sikit gigi nak detect gigi yang sakit tu..pastu dia report macam-macam la kt nurse untuk direkod dalam kad hijau. Dalam hati, dok pikir, sakit 1 tempat jek, tapi macam-macam hal lak kat gigi lain..siap la tahan sakit camni..alih-alih, Dr.Yeoh repair kt 1 gigi tu jek..ler..

Dr.Yeoh clean kan gigi guna alat yang buat gigi rasa sensitif sangat2 tapi kena tahan je la..Lepas tu, dia advice suh pakai floss tiap2 hari..sebab makanan yang lekat kt celah gigi tu, xleh dibersihkan dengan hanya memberus gigi..nanti lama2 akan jadi karies gigi..dan paling ditakuti klau gigi tu berlubang di bawah..klau dah berlubang di bawah, terpaksa la cabut..tu je 1 caranye..nak wat rawatan akar pon dah xleh..huhu..

Jadi, lepas kuar dari klinik tu, terus gi farmasi Khoo, beli benang floss sebab Dr.Yeoh guna benang untuk kuarkan sisa makanan dari celah gigi tu..1 kotak dalam RM5 je..

dental floss-benang

cara wat floss guna benang..


Cam susah je kan guna benang?? masa beli tu, xtau pon ada dental floss jenis stick/pick..lepas tengok kt youtube baru tau..haha..So, gi farmasi Khoo, beli lak yang jenis stick lak..senang sikit nak guna, especially kat gigi dalam (geraham)..

dental floss-pick

cara guna dental floss (pick)

Dr.Yeoh pesan, suh wat setiap hari..at least once a day, sebelum menggosok gigi..idak, klau sakit lagi, kena wat x-ray dan cabut gigi yang rosak tu klau gigi tu berlubang di dalam..huhu..nauzubillah..sayang gigi..

SELAMAT BERFLOSS !!

Sunday, 15 April 2012

Plate Number

Hello,

Lepas tukar sport rim, saya tukar plate number lak..plate lama dah bengkok dah..hehe..alasan lagik...

Kali ni, saya gi kedai Lautan Atlantik di Kangar..ni kali ke-2 tukar plate number di kedai tu..tapi untuk kereta berlainan la..kiranya puas hati la ngan service kt kedai ni..selain plate number, kedai ni ambik tempahan untuk print business kad, banner, bunting, poster dan macam-macam lagi..

Lautan Atlantik

Ada banyak pilihan jenis number untuk plate number...sampai pening dibuatnya..ye la, benda ni jarang-jarang tukar kan..so sekali tukar, mesti pilih yang terbaek punya...idak nyesal nanti..haha..

Tapi dalam memilih tu, jangan sampai tersalah pilih ok..idak kena kuar bajet lebih la untuk bayar saman..make sure plate yang korang tempah tu, diluluskan JPJ..

contoh plate kereta + harga
contoh plate motor + harga
Harga tu termasuk ngan upah pasang..masa diambil dalam 30 minit jek..klau nak tempah online pon bleh..klik je sini Plate King.

Jadi, kos tukar plate number termasuk frame :

Plate number = RM90.00
Frame = RM15.00 x 2 (optional)
(-) Diskaun lepas kawtim = RM5.00
Jumlah Perlu Bayar = RM115.00

my choice : 121-C

Sport Rim

Hye..

Rabu lepas sy gi tukar sport rim kereta..sport rim lama dah bengkok sebab terjun lopak..dah pi ketuk balik rim lama tu, tapi still keluar angin gak..hoho..alasan je nak tukar rim kan? hehe

Sport rim 14" lama

So, dengan pertolongan abang sulung yang survey kedai rim murah2, maka kami pon pi la 2 kedai di area Kangar..untuk compare harga..

Lepas compare harga, dapat la kedai yang lebih murah untuk rim yang sama..so, saya gi kedai Soon di Seriab..

macam-macam ada

close up


sesi trial n error


Kos untuk tukar rim secara trade in :

Rim baru                          = RM650.00
(-) trade in                       = RM300.00
Jumlah perlu dibayar = RM350.00

Ok tak price tu? First time shopping rim nih..

tadaa...ni la rupa sport rim baru tu..



Thursday, 29 March 2012

Kerja + Melawat Kulim

Tanggal 26 Mac 2012, aku pergi ke Kulim bersama Nazirah atas urusan kerja. Ni kali pertama mengaudit di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kob. Tahun lepas, gi Kulim gak untuk audit sekolah-sekolah yang dapat Bai'ah, masa tu menginap di Hotel Seri Malaysia Kulim .

SMK Sungai Kob
Tapi kali ni, berbeza sikit, sebab kali ni menginap di Tune Hotel Kulim ...interesting hotel ni sebab kedudukan strategiknya yang bersebelahan dengan pasaraya Giant.. dalam Giant tu lak, ada Sushi King, Pizza Hut, KFC, A&W, Nasi Ayam Penyet, Hussain Nasi Kandar, bowling, Big Cinema...bleh jalan kaki je dari hotel..klau sebelah kanan hotel lak ada McDonald..pon bleh jalan kaki..

Caj hotel berubah-ubah ikut hari..tempahan boleh di buat melalui call centre, laman web atau pegi sendri ke hotel tu. Check in time kol 2pm dan ke atas. Pakej rate untuk 3 hari (26-29 Mac 2012) = RM190 untuk katil twin sharing + power shower + kipas siling (pakai remote gitu)..ada caj add on untuk sehelai towel (RM5.30), wi-fi, Astro TV dan aircond..kitorg amik 1 towel dan aircond utk 24 jam jek..caj aircond mcm prepaid handphone la..byr untuk 24 jam, bleh guna  sampai abih tempoh 24 jam tu..tapi berlainan dgn caj TV dan wi-fi..bayar untu 24 jam..bleh guna untuk 24 jam saje..klau byr pada kol 10mlm 26 Mac, bleh guna sampai kol 10mlm 27 Mac jek..lepas tu kena topup lagi..

Giant

Tune Hotel


Tune Hotel Kulim

Giant di kiri hotel

McD di kanan hotel

Hari pertama sampai di Kulim, terus ke PPD Kulim sebab nak mintak pegawai PPD tolong tunjukkan jalan ke sekolah. Terima kasih kepada Cikgu Jefere. Sampai di sekolah, entrance dengan Pengetua, terus wat keja..audit..audit..dan audit lagik sampai penat..dah petang ckit, check in di Tune Hotel..lepas berehat, dinner di Hussain Nasi Kandar dan window shopping di kompleks Giant..

2nd day, sambung keja lagi. Masa lunch break tu, adik Miera dan Veke (staf sekolah) bawa gi makan di kedai Nasi Ayam Periuk Besar (induk)..2nd time makan di situ selepas di bawa oleh Cikgu Jefere tahun lepas. Lokasi kedai tu, tepi jalan, 5 minit perjalanan je dari SMK Sungai Kob. Nasi ayam di situ memang sedap bangat!!!

Lepas lunch, sambung wat keja lagi...lepas tu berehat di hotel..dinner di McDonald..jalan kaki je..hehe...





Veke melayan diri sendiri


Nasi Ayam Panggang

Nasi Ayam Madu

Nazirah & adik Miera

Me & my meal

Hari ketiga di Kulim, buat keja macam biasa..selepas makan tengahari, adik Miera dan Veke bawak kitorg jalan2 ke Hutan Lipur Ulu Paip. Dekat je ngan sekolah..dalam perjalanan ke hutan lipur tu, akan jumpa 2,3 kolam lombong yang cantik..






















Lepas tu, balik berehat di hotel..kol 6.30 petang, adik Miera jemput di hotel, jalan2 di Jusco Perda, Bukit Mertajam. Shopping2 sikit, lepas tu dinner di Johnny's.. steamboat set B + nasi goreng..hoho...betapa laparnye..haha..

Adik Miera yang cute

Me & Nazirah

Nazirah main masak2

Steambot dan nasi goreng udang

Nasi goreng udang

Johnny's
Khamis tengahari, aku dgn Nazirah pon balik ke umah masing2 setelah pengauditan selesai..terima kasih kepada Cikgu Jefere, adik Miera dan adik Veke..panjang umur, kita jumpa lagi ya..terima kasih kepada SMK Sungai Kob, Karangan, Kulim, Kedah.