Assalamualaikum W.B.T.
First and foremost nak wish SELAMAT HARI GURU kepada semua guru/pendidik di dunia ni... everyday is a teacher's day...
Mesti banyak pengalaman dan kisah kita nak share kan zaman sekolah...umur brapa korang mula masuk sistem pendidikan? well as for me, were as per below :
1990 - 1990 : Tadika Kemas Kubang Paya, Pauh, Perlis
1991 - 1996 : Sekolah Kebangsaan Pauh, Pauh, Perlis (UPSR)
1997 - 1999 : Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad, Arau, Perlis (PMR)
2000 - 2001 : Maktab Rendah Sains MARA, Beseri, Perlis (SPM)
2002 - 2006 : Universiti Teknologi MARA Arau, Perlis (Diploma in Accountancy)
2008 - 2012 : Universiti Teknologi MARA Shah Alam/Arau (BBA Finance)
Fuhhh, lama btol proses pembelajaran kan?? bukan senang nak mendidik dan terdidik..hehe..tanpa guru, hidup terumbang-ambing sebab takde pembimbing.. tugas guru bukan la mudah..nak mendidik anak murid sampai paham..nak mengajar anak murid dari buta huruf sampai celik huruf, fuhh mencabar tu..melayan kerenah anak murid lagi..kuat nanges la, gaduh kt skolah la..hish..macam2 hal kan..
Penghormatan kepada guru...semua guru harus di respect..x kira la dia ajar kita ke tak..semuanya harus dihargai..tanpa ilmu yang diorang curahkan, sapa la ktia ni kan... bila kita dh berkaya, jangan la plak sombong kepada guru kita tu..sebarkan ilmu yang kita dapat tu kepada orang lain pulak..
Pengalaman aku di sekolah, memang banyak..nak cerita satu persatu, amik masa ckit la...zaman sekolah aku dari kecik memang sentiasa menyeronokkan dan memberansangkan.. aku respect semua guru aku..tapi ada sorang guru yang aku memang respect sampai akhir hayat aku, ustaz masa sekolah rendah aku : Ustaz Abdul Haris Romli ...
Kenapa aku appreciate amat ngan ustaz ni?? well, Ustaz Haris ajar subjek Pendidikan Islam di SK Pauh masa aku darjah 3 sampai darjah 6..masa tu aku aktif dalam kelab muzik kt sekolah..wat show sana sini...(macam artis lak)..aku memang x close sangat ngn ustaz ni, malah aku amat takut ngan ustaz nih sebab dia amat garang..hoho..hari2 mintak kelas ustaz tak masuk kelas, sebab takut kena marah/denda..
Tapi bila dh besar ni, baru la aku paham, tugas seorang ustaz lebih dari mendidik anak muridnya dalam pelajaran Pendidikan Islam di sekolah..Malah, mendidik anak muridnya untuk melakukan amal ibadat yang sempurna dalam kehidupan harian..aku teringat lagi masa darjah 3 dulu, ustaz cukup tekankan pasal rukun Islam.. solat dan puasa memang menjadi kewajipan.. tapi ramai yang amik mudah kan? Alhamdulillah aku dididik oleh ustaz yang amat ambil berat perkara tu..masa tu, ustaz siap sediakan jadual 5 waktu solat bagi setiap minggu...
So parent kt umah kena pantau anak2, klau solat, tick kt jadual tu, klau x solat, pangkah je..nanti esoknya p kelas, ustaz akan check..sapa yang x solat tu, kena rotan la..masa tu memang takut ya amat..tapi takut kt ustaz, bukan takut kt Allah...dalam hati memberontak gak, "kenapa la ustaz ni garang sangat...biar la orang x nak solat pon..." hehe, well, tu fikiran masa umur 9 tahun..Alhamdulillah, bila difikirkan hikmahnya..aku sentiasa cuba sedaya upaya menjaga solatku, puasa dan lain-lain lagi..bukan kerana takutkan ustaz, tapi kerana takutkan Allah.. Alhamdulillah...
Ustaz, jasamu dikenang..semoga Allah akan memberi ganjaran atas usaha dan ilmu yang telah dicurahkan..kepada guru-guruku, aku doakan kalian sentiasa dirahmatiNya..takde kata-kata yang bleh menggambarkan betapa aku amat menyayangi dan menghargai guru-guruku..
Thank You So Much.....
Happy Teacher's Day ....