Saturday, 2 May 2015

Kari ikan (Fish curry)

Salmon fish curry
Pagi-pagi seawal 8.30am (7pm , waktu Malaysia) dah call mak di Perlis untuk tanya resipi kari ikan. Terima kasih kepada sahabat, Aida Abas sebab sudi kongsi resipi juga. Tetiba rasa teringin nak makan ikan. Jadi, selepas browsing kt Central Market, jumpa salmon head $1.50 seketul. Seafood mahal kt sini.

Bahan untuk dikisar:
Rempah biji (Coriander seeds)
Cili kering
Bawang putih
Bawang merah
Kunyit hidup/serbuk
(*bawang merah lebih sikit dari bawang putih)

lain-lain:
Minyak masak untuk menumis
Rempah kari ikan (optional sebab dah ada Rempah biji)
Daun kari
Asam Jawa (atau Asam keping)
Santan 
Bendi
Ikan 
Buah tomato
Garam
Gula (sedikit saje, menggantikan serbuk perasa)
Air


Cara-cara:
1. Kisar bahan-bahan.
2. Panaskan minyak dalam periuk.
3. Masukkan bahan yang telah dikisar.
4. Tumis bersama daun kari dan rempah kari.
5. Masukkan santan, bendi dan asam jawa/asam keping. Tambahkan air kalau terlalu pekat.
6. Kemudian, masukkan ikan dan buah tomato yang telah dibelah.
7. Perasakan dengan sedikit gula, dan garam secukupnya.

First time guna periuk Casa Domani ni...huhu.. 

Selamat mencuba!!!