8 April 2016
Kali kedua aku amik ETS balik ke Arau untuk attend gathering 'Sirih Pulang Ke Gagang (SPKG) 2016' di MRSM Beseri. Annual event alumni MRSM Beseri dengan tujuan giving back to society.
On the way ke Perlis dari KL Sentral, ada seorang uncle cina duduk sebelah. Masa awal perjalanan sempat la borak2 ckit, tanya nak ke mana, etc. Then dia tido, aku baca buku.
Bila dia bangun, dia ke toilet & cafe.. balik je dari cafe, dia bwk something dlm pek keluaran Detpak "Nah, untuk you". Buka2, ada hot milo & sandwich sardine...terharu.... :D
|
Hot milo & sandwich sardine |
|
Detpak |
Detpak adalah salah satu anak syarikat Detmold, Australia mari, specifically Adelaide mali maa.. Yang rasa cam agak special ckit psl Detpak ni adalah sebab kilangnya & HQ memang di Adelaide :)
Keduanya, sebab ada kawan local yang keje engineer kat ctu. Masa mula kenal, dia cite dia pnah dihantar bertugas di Dubai, so dia tau serba sedikit psl muslim cultures.
Disebabkan dia ada darah keturunan Germany belah mak, jadi dia lahir sbg kristian lutheran. Tapi tak praktis kristian rasanya, sebab masa tu pon tinggal sebumbung dgn gf sampai 4 tahun sudah. Jarang2 sekali kontek/chat dgn dia. Lepas berbulan2, bila terigt baru msg tny khabar, skali dia ckp dh broke up dgn gf yg 4 tahun tu. Alasannya, "I didn't love her, like the way she loved me"..hadoi,,
But then, dia bgtau dia dalam proses perkenalan dgn sorang perempuan kt ofis dia, lesbian yg ada anak dari bank sperma. Hmm, interesting... Dia bagitau, dalam ajaran agama dia, LGBT memang tak boleh dan dikira berdosa. Tapi dia bedal gak la, dah suka (cepat je rebound).. Bagi aku, this is something good to do. At least, dia boleh main peranan sebagai bapa kepada anak kandung lesbian tu & boleh ubah minat dan sexuality lesbian tersebut, kepada normal. Obviously, sexuality is a choice...especially perempuan, sebab hati lembut kot. Boleh je diubah klau bersungguh-sungguh kan? Harap hubungan diorang kekal la.
Berbalik kepada uncle tadi. Kitorg mula rancak bersembang. Dari Malaysia, sampai ke Brunei, sampai ke Qatar, Abu Dhabi bagai..banyak pesanan berguna dan kisah pengalaman yang uncle tu citekan. Masa tanya pasal keje, malu2 dia nak bagitau, lasty dia kuarkan name card nih ha..
|
Doktor rupanya... |
Antara pesanan yang diberikan:
1. Hati-hati dengan orang yang baru dikenali, sebab mungkin ada yang berniat buruk macam pinjam duit tak bayar.
2. Kejar cita-cita, buat duit banyak, gi keje oversea ke.
3. Etika keja doktor swasta. Macam mana ada sesetengah doktor/hospital swasta yang buat duit dengan tipu patient yang naif, especially yang ada insurans cover. So that, diorg bleh charge fees banyak2.. Wallahualam..
4. Jaga kesihatan & pemakanan, buat exercise gradually.
5. Klau jumpa lelaki baik, kawen cepat2..
dan lain-lain lagi...
Alhamdulillah, he's a very nice person. Then kitorang exchange number...
|
Menu dalam ETS |
Di atas adalah senarai menu yang dijual kt kafetaria dalam ETS. Harga up ckit la dari kedai kt luar, tapi ok la utk alas perut. Antara kemudahan lain, ada tandas di setiap koc & surau. Movie play pon ada, tapi biasanya Harry Potter je sebab bersambung2. Kalau nasib tak baik, kartun Mr.Bean je..haha..
So bagi yang travel sorang, klau nak mengelakkan keboringan melampau, buat la sesuatu, baca buku ke, dengar lagu ke, tengok movie sendri kt lappy ke..tapi make sure ada bateri yang mencukupi la, sebab xde nampak plak plug untuk mengecas. Mungkin ada di tempat2 yang tersembunyi.
ETS amat laju & punctual. So, make sure ada kat stesen, dalam 30 minit awal sebelum waktu perjalanan yang tertulis dalam tiket.