Monday, 4 April 2016


Tanggal 9 Februari 2016, aku meninggalkan bumi Kangaroo, Australia untuk kembali menyambung tugas dan meneruskan hidup di Malaysia. Dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS), berkali-kali aku katakan dalam hati, 'aku tak ingin kembara lagi' ....

Namun, setelah sampai di KLIA, aku disambut oleh ex-classmate form 3 aku, Natrah Mohd Emran. Beliau menyambut kepulangan aku dengan sebuah buku nukilan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Bin Zainal Abidin (MAZA), antara ilmuan agama yang aku kagumi. Terima kasih sahabat, untuk pemberian yang tak terhingga ini, sehingga mengubah fikiran aku selepas mengkhatam buku ini dalam masa seminggu. 

Amat hebat tulisan beliau, penuh spiritual, motivasi, sejarah tamadun Islam dan Barat. Melalui bacaan ini juga, aku dapati terdapat hadis mengenai bangsa Eropah, iaitu 5 karakter baik bangsa Eropah yang telah diberitahu oleh Nabi Muhammad saw, Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja

Untuk sinopsis buku ini, boleh melawat laman web Dr.Maza sendiri : Daku Ingin Mengembara Lagi…

Lalu, membuatkan aku tertanya, apakah bangsa teman-teman Australianku? satu persatu jawapan yang diberikan adalah tidak jelas, malah mereka sendiri tidak dapat mengenalpasti bangsa dan budaya sendiri. Jadi, aku anggap, mereka juga adalah bangsa Eropah yang lahir dan membesar di Australia. Budaya Eropah dibawa ke seluruh Australia. Nama-nama jalan dan suburb yang wujud di Eropah terutamanya England, juga dapat dilihat di Australia seperti Campbeltown, St Peters, Hyde Park, etc. Mungkin membuatkan mereka, "feels like home" katanya :)

Ke manakah destinasi selepas ni?? Mungkinkah Mesir, Oman, Europe, Spain....wallahualam..

No comments:

Post a Comment