Friday, 3 June 2016

Poligami

3/6/2016


Aku menghadiri Bicara Wahyu anjuran KPM. Tajuk topik kali ni "234,1". Rupanya apa yang dimaksudkan dengan angka tersebut adalah poligami. Kalau ingat filem P.Ramlee, Nujum Pak Belalang, "Benda apa yang jarang-jarang, kadang-kadang...."

Topik ni kalau bagi lelaki, memang topik kegemaran, dalam mengantuk pon bleh jadi segar dan bagi tumpuan penuh.

Selalunya, penceramah topik poligami ni adalah ustaz, atau ustazah yang bermonogami. Tapi kali ni, topik ini dibincangkan secara forum dengan Ustaz Zulkifli Ahmad sebagai moderator, Ustaz Kamal Daud sebagai panel 1, dan Ustazah Sumayyah sebagai panel ke-2. Ustazah Sumayyah adalah seorang yang berpoligami, dan beliau turut membawa madunya menghadiri forum ini. Difahamkan mereka telah bermadu selama 10 tahun, dan tinggal sebumbung.. hebatnya ketaqwaan mereka terhadap Allah swt.

Firman Allah, surah An Nisa, Ayat 3:

4:24
And if you fear that you will not deal justly with the orphan girls, then marry those that please you of [other] women, two or three or four. But if you fear that you will not be just, then [marry only] one or those your right hand possesses. That is more suitable that you may not incline [to injustice].
Malay
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Poligami boleh diamalkan jika suami yakin dan mampu berlaku adil dengan menyediakan tempat tinggal yang selesa, nafkah hidup, nafkah batin, dan masa untuk isteri-isterinya dan anak-anaknya. Seorang suami tidak boleh meminta dan menggunakan duit isterinya, kecuali si isteri memberi keizinan. Juga, suami tidak boleh berpoligami tanpa keizinan isteri-isterinya terlebih dahulu. Jika si suami berkeras untuk berpoligami dengan menikah di luar Malaysia, beliau tetap berdosa kerana telah melanggar arahan pemerintah di Malaysia, walaupon pernikahan itu adalah sah di sisi agama.

Perkahwinan perlulah dihebohkan dan tidak boleh dirahsiakan, ini kerana mengelakkan masalah keturunan dan nasab di kemudian hari. Bayangkan jika perkahwinan dirahsiakan dari pengetahun umum dan keluarga, kemungkinan anak dari isteri pertama suka dan cinta kepada anak isteri kedua tanpa mengetahui yang mereka sebenarnya adalah adik-beradik daripada bapa yang sama. Nauzubillah.

Perkahwinan memberi darjat, maruah dan hak wanita. Jika di Barat, undang-undang negara mengharamkan poligami (tapi menghalalkan perkahwinan sejenis), maka si suami cenderung untuk mempunyai perempuan simpanan, yang tiada hak, malah berdosa dan berzina tanpa pengetahuan isteri. Jadi, poligami boleh mengelakkan masalah ini dari berlaku dan memudaratkan.

Islam adalah satu-satunya agama yang menetapkan syarat untuk memiliki sehingga empat orang sahaja. Agama-agama lain turut menghalalkan poligami seperti Hindu, Kristian, tetapi tidak menyatakan had bilangan isteri. Negara Barat Kristian seperti Amerika mengharamkan poligami walaupon pengharaman tersebut tidak dinyatakan dalam kitab suci agama mereka. Terdapat mazhab Kristian Mormon, yang menghalalkan poligami kepada penganutnya seperti dalam akhbar USA Today : Appeals court rejects 'Sister Wives' challenge to polygamy ban in Utah. Kody Brown adalah penganut ajaran Kristian Mormon. Beliau dan isteri-isterinya terkenal melalui sebuah program realiti TV yang memaparkan kehidupan berpoligami Kody Brown dan isteri-isteri beliau melalui rancangan: Sister WivesAmerican adalah lebih beragama berbanding Australian. 

Apakah reaksi rakyat Malaysia jika program seumpama ini dibuat di kalangan orang kita? Haha..keen to know. Jika di Barat, poligami tentulah dipandang serong dan menindas hak wanita. Namun, poligami masih dipandang negatif bagi segelintir orang Islam sendiri. Walaubagaimanapun, poligami dapat menyelesaikan beberapa isu dalam masyarakat.

Wallahualam.


No comments:

Post a Comment