Tuesday, 9 August 2016

5 Good Characteristics of the The Roman (European) / Bangsa Eropah

10 August 2016, 7 Zulkaedah 1437




When Mustawrid al-Qurashee was sitting with 'Amr ibn al-'Aas, he said: "I heard the Prophet (sal-Allahu'alayhe wa sallam) say, 'The Hour will come when the Romans will be in the majority.' 'Amr asked him, "What are you saying?" He said, "I am repeating that which I heard from the Prophet (sal-Allahu'alayhe wa sallam)." 'Amr said, "If you say this, it is true, because they have four good characteristics:
(i) they are the most able to cope with tribulation,
(ii) the quickest to recover after disaster and
(iii) to return to the fight after disaster, and
(iv) are the best as far as treating the poor, weak and orphans is concerned.

They have a fifth characteristic which is very good;
(v) they do not allow themselves to be oppressed by their kings."

[Muslim, Kitaab al-Fitaan, 8 - 176]
 


 
Sahabat Nabi s.a.w iaitu ‘Amr bin al-‘As apabila mendengar seorang sahabat yang lain iaitu al-Mustawrid al-Qurasyi meriwayat sabda Nabi s.a.w:

“Berlakunya Kiamat dan Rom merupakan manusia terbanyak” (Riwayat Muslim).

Maksudnya, sehingga berlaku Kiamat, bangsa Eropah akan kekal dengan jumlah dan kekuatan mereka. Rom ataupun bangsa Roman adalah bangsa Eropah hari ini. Mendengarkan hadis tersebut, ‘Amru bin al-‘As sebagai seorang yang berpengalaman dengan pelbagai bangsa pada zaman tersebut mengulas dengan berkata kepada al-Mustawrid:

"Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik:

1. Mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya.
    Kebijaksaan politik dalam menangani krisis. 

2. Mereka paling pantas bangkit selepas bencana.
    Kemampuan untuk bangkit setelah jatuh dalam kegawatan. 

3. Paling cepat menyerang balas musuh.
    Kekuatan ketenteraan. 

4. Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah di kalangan mereka.
    Menjaga kebajikan rakyat. 

Tambahan:
5. Mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja.
   Keadilan siasat yang menghalang segala kezaliman terutama kezaliman golongan         penguasa.

References:

  1. Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja, http://drmaza.com/home/?p=1954, 5 July 2012.
  2. The good qualities of the Europeans (Romans? Christians?) , as mentioned in one hadith in Sahih Muslim., https://www.reddit.com/r/islam/comments/12zzer/the_good_qualities_of_the_europeans_romans/ , 11th November 2012.
  3. A narration about the good characteristics of the Romans, http://www.islamweb.net/emainpage/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=190057 , 10th November 2012.

No comments:

Post a Comment