Bahan-bahan:
Bawang Besar - dikisar
Bawang Putih - dikisar
Buah Keras - dikisar
Rempah Kari Daging
Daun Kari
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Isi Kerang
Udang
Asam Keping
Hirisan Buah Tomato
Air
Santan
Minyak untuk menumis
Garam
Mee Kuning (dicelur)
Ulam-ulaman:
Taugeh
Sayur Sawi (dicelur)
Daun Sup
Daun Bawang
Cili Besar
Hirisan Limau Kasturi
Bawang Goreng
Fish Cake (direbus)
Fishball (direbus)
Telur (direbus)
Cara-cara:
1. Kisar Bawang Besar, Bawang Putih dan Buah Keras.
2. Rebus sedikit isi udang dan kulit udang. Kisar rebusan udang bersama isi kerang.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
4. Tumis serbuk kari dan daun kari sehingga masak. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
5. Masukkan air rebusan udang, kerang, sedikit air dan asam keping.
6. Masukkan lebihan isi udang dan kerang. Apabila telah mendidih, masukkan santan.
7. Masukkan hirisan buah tomato. Perasakan dengan garam.
8. Hidangkan dengan mee kuning, ulam dan kuah kari.
Rujukan:
- Azie Kitchen: Mee Kari, http://aziejaya.blogspot.my/2012/04/mee-kari-kerang.html, published 7th April 2012.
No comments:
Post a Comment