Friday, 3 June 2016

Poligami

3/6/2016


Aku menghadiri Bicara Wahyu anjuran KPM. Tajuk topik kali ni "234,1". Rupanya apa yang dimaksudkan dengan angka tersebut adalah poligami. Kalau ingat filem P.Ramlee, Nujum Pak Belalang, "Benda apa yang jarang-jarang, kadang-kadang...."

Topik ni kalau bagi lelaki, memang topik kegemaran, dalam mengantuk pon bleh jadi segar dan bagi tumpuan penuh.

Selalunya, penceramah topik poligami ni adalah ustaz, atau ustazah yang bermonogami. Tapi kali ni, topik ini dibincangkan secara forum dengan Ustaz Zulkifli Ahmad sebagai moderator, Ustaz Kamal Daud sebagai panel 1, dan Ustazah Sumayyah sebagai panel ke-2. Ustazah Sumayyah adalah seorang yang berpoligami, dan beliau turut membawa madunya menghadiri forum ini. Difahamkan mereka telah bermadu selama 10 tahun, dan tinggal sebumbung.. hebatnya ketaqwaan mereka terhadap Allah swt.

Firman Allah, surah An Nisa, Ayat 3:

4:24
And if you fear that you will not deal justly with the orphan girls, then marry those that please you of [other] women, two or three or four. But if you fear that you will not be just, then [marry only] one or those your right hand possesses. That is more suitable that you may not incline [to injustice].
Malay
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Poligami boleh diamalkan jika suami yakin dan mampu berlaku adil dengan menyediakan tempat tinggal yang selesa, nafkah hidup, nafkah batin, dan masa untuk isteri-isterinya dan anak-anaknya. Seorang suami tidak boleh meminta dan menggunakan duit isterinya, kecuali si isteri memberi keizinan. Juga, suami tidak boleh berpoligami tanpa keizinan isteri-isterinya terlebih dahulu. Jika si suami berkeras untuk berpoligami dengan menikah di luar Malaysia, beliau tetap berdosa kerana telah melanggar arahan pemerintah di Malaysia, walaupon pernikahan itu adalah sah di sisi agama.

Perkahwinan perlulah dihebohkan dan tidak boleh dirahsiakan, ini kerana mengelakkan masalah keturunan dan nasab di kemudian hari. Bayangkan jika perkahwinan dirahsiakan dari pengetahun umum dan keluarga, kemungkinan anak dari isteri pertama suka dan cinta kepada anak isteri kedua tanpa mengetahui yang mereka sebenarnya adalah adik-beradik daripada bapa yang sama. Nauzubillah.

Perkahwinan memberi darjat, maruah dan hak wanita. Jika di Barat, undang-undang negara mengharamkan poligami (tapi menghalalkan perkahwinan sejenis), maka si suami cenderung untuk mempunyai perempuan simpanan, yang tiada hak, malah berdosa dan berzina tanpa pengetahuan isteri. Jadi, poligami boleh mengelakkan masalah ini dari berlaku dan memudaratkan.

Islam adalah satu-satunya agama yang menetapkan syarat untuk memiliki sehingga empat orang sahaja. Agama-agama lain turut menghalalkan poligami seperti Hindu, Kristian, tetapi tidak menyatakan had bilangan isteri. Negara Barat Kristian seperti Amerika mengharamkan poligami walaupon pengharaman tersebut tidak dinyatakan dalam kitab suci agama mereka. Terdapat mazhab Kristian Mormon, yang menghalalkan poligami kepada penganutnya seperti dalam akhbar USA Today : Appeals court rejects 'Sister Wives' challenge to polygamy ban in Utah. Kody Brown adalah penganut ajaran Kristian Mormon. Beliau dan isteri-isterinya terkenal melalui sebuah program realiti TV yang memaparkan kehidupan berpoligami Kody Brown dan isteri-isteri beliau melalui rancangan: Sister WivesAmerican adalah lebih beragama berbanding Australian. 

Apakah reaksi rakyat Malaysia jika program seumpama ini dibuat di kalangan orang kita? Haha..keen to know. Jika di Barat, poligami tentulah dipandang serong dan menindas hak wanita. Namun, poligami masih dipandang negatif bagi segelintir orang Islam sendiri. Walaubagaimanapun, poligami dapat menyelesaikan beberapa isu dalam masyarakat.

Wallahualam.


Wednesday, 18 May 2016

Cara bersuci sebelum solat

Mengerjakan solat adalah salah satu daripada rukun Islam. Adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim lelaki dan wanita untuk mengerjakan solat. Solat mempunyai banyak kebaikan seperti:

1. Mengingatkan kita kepada Allah s.w.t, mengelakkan kita dari buat maksiat dan perkara-perkara yang dilarangNya,
2. Berdoa, mengadu dan meminta kepada Allah s.w.t di kala suka dan duka,
3. Melatih diri bersifat tenang, disiplin, sabar, berharap, menepati waktu.
4. Merendah diri, sujud kepada Allah sw.t
5. Reset minda
6. Menyegarkan diri, hygiene
7. lain-lain lagi...

Firman Allah, Surah An-Nisa', Ayat 43:

4:43

O you who have believed, do not approach prayer while you are intoxicated until you know what you are saying or in a state of janabah, except those passing through [a place of prayer], until you have washed [your whole body]. And if you are ill or on a journey or one of you comes from the place of relieving himself or you have contacted women and find no water, then seek clean earth and wipe over your faces and your hands [with it]. Indeed, Allah is ever Pardoning and Forgiving.
Malay
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.

Firman Allah, Surah Al-Maidah, Ayat 6:


5:6


Sahih International

O you who have believed, when you rise to [perform] prayer, wash your faces and your forearms to the elbows and wipe over your heads and wash your feet to the ankles. And if you are in a state of janabah, then purify yourselves. But if you are ill or on a journey or one of you comes from the place of relieving himself or you have contacted women and do not find water, then seek clean earth and wipe over your faces and hands with it. Allah does not intend to make difficulty for you, but He intends to purify you and complete His favor upon you that you may be grateful.
Malay

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.


Ya, solat dapat menyegarkan diri dan minda kita. Terdapat beberapa dalil dalam Quran, yang mewajibkan kita untuk bersolat. Ayat di atas membuktikan arahan Allah s.w.t. kepada kita untuk membersihkan diri sebelum menunaikan rukun Islam ini. 

Waras
orang yang beriman hendaklah menjauhi benda yang memabukkan seperti arak, dadah dan sebagainya hingga membuatkan kita lalai dalam solat, dan lalai sehingga meninggalkan solat. 
Jika kita telah tersedar dari keadaan mabuk itu, hendaklah kita segerakan mengerjakan solat. Manusia tidak pernah lepas dari melalukan kesilapan. Hendaklah kita bertaubat dan memohon keampunan dari Allah s.w.t.
Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.

Mandi wajib
Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci.
Jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib.

Alternatif 1: Berwuduk
1) Basuhlah muka kamu, 
2) Basuhlah kedua belah tangan kamu meliputi siku,
3) Sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan 
4) Basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.

Solat adalah wajib. Jika kita tidak boleh berwuduk atas sebab berikut, terdapat pengecualian berwuduk iaitu:
1) Jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau 
2) Dalam pelayaran, atau 
3) Salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau 
4) Kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi).

Alternatif 2: Bertayamum, dengan tanah-debu yang bersih
1) Sapulah muka kamu, dan 
2) Kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. 

Alternatif 2 adalah terpakai jika alternatif 1 tidak dapat dilaksanakan atas sebab tertentu seperti masalah ketiadaan air, masalah kesihatan dan sebagainya.

Dalam kedua-dua ayat di atas, Allah s.w.t. perintahkan manusia beriman untuk mengerjakan solat dan membersihkan diri sebelum mengerjakan solat. Tidak bermaksud untuk menyusahkan diri kita, tapi untuk kebersihan dan kebaikan diri kita sendiri. Islam amat mementingkan kebersihan diri.

Monday, 11 April 2016

Plum vs Pelam

11 April 2016

Plum vs Pelam

Bunyi sebutannya sama, tapi rupa dan rasa yang sangat berbeza ;)

Antara plum dan pelam harum manis, mana satu pilihan anda??

Sekitar bulan April ke Jun, Perlis dan orang Perlis akan glamer..haha..

Pelam/mangga harum manis, only in Perlis (support produk tempatan)



Sunday, 10 April 2016

MRSM Beseri 'Sirih Pulang Ke Gagang (SPKG)' 2016


9 & 10 April 2016

Selepas 2 tahun tak join SPKG di MRSM Beseri, akhirnya tahun ni berpeluang join annual event nih. Ahli-ahli tetap alumni yang setia bersama Anseri tetap ada, namun ada juga muka2 baru & adik2 baru.

Seronok dapat jumpa semula dgn cikgu2 MRSM yang banyak berjasa. Batch 16 (SPM 2001) berada pada zaman kegemilangan, ranking SPM top 5  :)

Presiden ANSERI (bro Aznam b3), Pengetua MRSM Beseri (Cikgu Salim), orang kuat alumni (OD b13)

ANSERI yang hadir

selfie





with OD & Dr. Hidayat b23 yang baru blk dari Mesir

Sijil penyertaan..yeayy..

Harap-harap kengkawan lain, yang sama batch ke lain batch ke, dpt join la untuk event yang seterusnya..kita tambah network lagi :)





ETS trip KL to Arau

8 April 2016

Kali kedua aku amik ETS balik ke Arau untuk attend gathering 'Sirih Pulang Ke Gagang (SPKG) 2016' di MRSM Beseri. Annual event alumni MRSM Beseri dengan tujuan giving back to society.

On the way ke Perlis dari KL Sentral, ada seorang uncle cina duduk sebelah. Masa awal perjalanan sempat la borak2 ckit, tanya nak ke mana, etc. Then dia tido, aku baca buku.

Bila dia bangun, dia ke toilet & cafe.. balik je dari cafe, dia bwk something dlm pek keluaran Detpak "Nah, untuk you". Buka2, ada hot milo & sandwich sardine...terharu.... :D

Hot milo & sandwich sardine
Detpak

Detpak adalah salah satu anak syarikat Detmold, Australia mari, specifically Adelaide mali maa.. Yang rasa cam agak special ckit psl Detpak ni adalah sebab kilangnya & HQ memang di Adelaide :)
Keduanya, sebab ada kawan local yang keje engineer kat ctu. Masa mula kenal, dia cite dia pnah dihantar bertugas di Dubai, so dia tau serba sedikit psl muslim cultures. 
Disebabkan dia ada darah keturunan Germany belah mak, jadi dia lahir sbg kristian lutheran. Tapi tak praktis kristian rasanya, sebab masa tu pon tinggal sebumbung dgn gf sampai 4 tahun sudah. Jarang2 sekali kontek/chat dgn dia. Lepas berbulan2, bila terigt baru msg tny khabar, skali dia ckp dh broke up dgn gf yg 4 tahun tu. Alasannya, "I didn't love her, like the way she loved me"..hadoi,, 
But then, dia bgtau dia dalam proses perkenalan dgn sorang perempuan kt ofis dia, lesbian yg ada anak dari bank sperma. Hmm, interesting... Dia bagitau, dalam ajaran agama dia, LGBT memang tak boleh dan dikira berdosa. Tapi dia bedal gak la, dah suka (cepat je rebound).. Bagi aku, this is something good to do. At least, dia boleh main peranan sebagai bapa kepada anak kandung lesbian tu & boleh ubah minat dan sexuality lesbian tersebut, kepada normal. Obviously, sexuality is a choice...especially perempuan, sebab hati lembut kot. Boleh je diubah klau bersungguh-sungguh kan? Harap hubungan diorang kekal la. 

Berbalik kepada uncle tadi. Kitorg mula rancak bersembang. Dari Malaysia, sampai ke Brunei, sampai ke Qatar, Abu Dhabi bagai..banyak pesanan berguna dan kisah pengalaman yang uncle tu citekan. Masa tanya pasal keje, malu2 dia nak bagitau, lasty dia kuarkan name card nih ha..

Doktor rupanya...

Antara pesanan yang diberikan:
1. Hati-hati dengan orang yang baru dikenali, sebab mungkin ada yang berniat buruk macam pinjam duit tak bayar. 
2. Kejar cita-cita, buat duit banyak, gi keje oversea ke.
3. Etika keja doktor swasta. Macam mana ada sesetengah doktor/hospital swasta yang buat duit dengan tipu patient yang naif, especially yang ada insurans cover. So that, diorg bleh charge fees banyak2.. Wallahualam..
4. Jaga kesihatan & pemakanan, buat exercise gradually.
5. Klau jumpa lelaki baik, kawen cepat2..
dan lain-lain lagi...

Alhamdulillah, he's a very nice person. Then kitorang exchange number...

Menu dalam ETS


Di atas adalah senarai menu yang dijual kt kafetaria dalam ETS. Harga up ckit la dari kedai kt luar, tapi ok la utk alas perut. Antara kemudahan lain, ada tandas di setiap koc & surau. Movie play pon ada, tapi biasanya Harry Potter je sebab bersambung2. Kalau nasib tak baik, kartun Mr.Bean je..haha..

So bagi yang travel sorang, klau nak mengelakkan keboringan melampau, buat la sesuatu, baca buku ke, dengar lagu ke, tengok movie sendri kt lappy ke..tapi make sure ada bateri yang mencukupi la, sebab xde nampak plak plug untuk mengecas. Mungkin ada di tempat2 yang tersembunyi. 
ETS amat laju & punctual. So, make sure ada kat stesen, dalam 30 minit awal sebelum waktu perjalanan yang tertulis dalam tiket.
Tiket boleh dibeli secara online: KTMB E-Ticket 


Monday, 4 April 2016


Tanggal 9 Februari 2016, aku meninggalkan bumi Kangaroo, Australia untuk kembali menyambung tugas dan meneruskan hidup di Malaysia. Dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS), berkali-kali aku katakan dalam hati, 'aku tak ingin kembara lagi' ....

Namun, setelah sampai di KLIA, aku disambut oleh ex-classmate form 3 aku, Natrah Mohd Emran. Beliau menyambut kepulangan aku dengan sebuah buku nukilan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Bin Zainal Abidin (MAZA), antara ilmuan agama yang aku kagumi. Terima kasih sahabat, untuk pemberian yang tak terhingga ini, sehingga mengubah fikiran aku selepas mengkhatam buku ini dalam masa seminggu. 

Amat hebat tulisan beliau, penuh spiritual, motivasi, sejarah tamadun Islam dan Barat. Melalui bacaan ini juga, aku dapati terdapat hadis mengenai bangsa Eropah, iaitu 5 karakter baik bangsa Eropah yang telah diberitahu oleh Nabi Muhammad saw, Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja

Untuk sinopsis buku ini, boleh melawat laman web Dr.Maza sendiri : Daku Ingin Mengembara Lagi…

Lalu, membuatkan aku tertanya, apakah bangsa teman-teman Australianku? satu persatu jawapan yang diberikan adalah tidak jelas, malah mereka sendiri tidak dapat mengenalpasti bangsa dan budaya sendiri. Jadi, aku anggap, mereka juga adalah bangsa Eropah yang lahir dan membesar di Australia. Budaya Eropah dibawa ke seluruh Australia. Nama-nama jalan dan suburb yang wujud di Eropah terutamanya England, juga dapat dilihat di Australia seperti Campbeltown, St Peters, Hyde Park, etc. Mungkin membuatkan mereka, "feels like home" katanya :)

Ke manakah destinasi selepas ni?? Mungkinkah Mesir, Oman, Europe, Spain....wallahualam..

Friday, 29 January 2016

Malaysian Chicken Curry

29/1/2016

Meg Paech invited me to show her how to cook Malaysian chicken curry. I bring all the ingredients to her lovely home. These are the ingredients:

The ingredients

Serves : 4-6 person
Cook time: 20-30 minutes

Ingredients:
2 tablespoons, cooking oil
1 onion, peeled and thinly sliced
5 garlic cloves, peeled and thinly sliced
1.5" ginger, peeled and thinly sliced
4 tablespoons, meat curry powder
6 curry leaves
5 cloves
1 stick, cinnamon
2 star anise
3 cups water
1 dried tamarind (assam)
3 carrots, peeled and chopped into thin slices
4 potatoes, peeled and cut into half
1kg, chicken
1 tin, coconut milk (or 3/4 cup milk)
Salt to taste

Method:
1. Add the oil into a sauce pan and heat it up until hot.
2. Add the onions, garlic, ginger and stir-fry until aromatic before adding the curry powder.
3. Add the curry powder, curry leaves, and stir-fry for about 5 minutes.
4. Stir-fry until you smell the aroma, then add the cloves, cinnamon and star anise.
5. Add the chicken, stir to combine well for about 1 minute.
6. Add the water, dried tamarind, carrots, potatoes, and bring it to boil. 
7. Lower the heat. Cover the pot and let simmer for about 20 minutes, or until chicken become tender.
8. Add the coconut milk and salt to taste and simmer for another 5 minutes.
9. Dish out and serve with steamed rice, toast bread or paratha (roti canai).

* You may substitute chicken with beef or lamb meat.
** The same ingredients and method apply for chicken/beef/lamb Kurma. You need to substitute the meat curry powder with Kurma powder.



Meg, curry & me

Lovely Meg