Monday, 13 March 2017

Kurma Ayam

Kurma Ayam

Bahan-bahan:

Ayam – di potong kecil
Rempah kurma ayam
Bawang putih - dikisar
Bawang merah - dikisar
Halia – di kisar
Santan pekat
Tomato – dipotong 4
ubi kentang - dipotong 4
Lobak merah – dipotong dadu besar
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Sedikit air asam jawa/asam keping
Cara-cara:
  1. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar. Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, dan rempah kurma ayam. Kacau hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan kacau hingga sebati. Biarkan masak sekejap.
  3. Masukkan air asam jawa/asam keping, kentang dan lobak merah. Masak hingga empuk.
  4. Masukkan santan dan kacau hingga sebati. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan tomato, garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga rata.

References:

Resepi Ayam Masak Kurma Paling Sedap dan Mudah, http://www.myresepi.net/2016/10/resepi-ayam-masak-kurma.html, viewed 13th March 2017.

No comments:

Post a Comment