Monday 11 April 2016

Plum vs Pelam

11 April 2016

Plum vs Pelam

Bunyi sebutannya sama, tapi rupa dan rasa yang sangat berbeza ;)

Antara plum dan pelam harum manis, mana satu pilihan anda??

Sekitar bulan April ke Jun, Perlis dan orang Perlis akan glamer..haha..

Pelam/mangga harum manis, only in Perlis (support produk tempatan)



Sunday 10 April 2016

MRSM Beseri 'Sirih Pulang Ke Gagang (SPKG)' 2016


9 & 10 April 2016

Selepas 2 tahun tak join SPKG di MRSM Beseri, akhirnya tahun ni berpeluang join annual event nih. Ahli-ahli tetap alumni yang setia bersama Anseri tetap ada, namun ada juga muka2 baru & adik2 baru.

Seronok dapat jumpa semula dgn cikgu2 MRSM yang banyak berjasa. Batch 16 (SPM 2001) berada pada zaman kegemilangan, ranking SPM top 5  :)

Presiden ANSERI (bro Aznam b3), Pengetua MRSM Beseri (Cikgu Salim), orang kuat alumni (OD b13)

ANSERI yang hadir

selfie





with OD & Dr. Hidayat b23 yang baru blk dari Mesir

Sijil penyertaan..yeayy..

Harap-harap kengkawan lain, yang sama batch ke lain batch ke, dpt join la untuk event yang seterusnya..kita tambah network lagi :)





ETS trip KL to Arau

8 April 2016

Kali kedua aku amik ETS balik ke Arau untuk attend gathering 'Sirih Pulang Ke Gagang (SPKG) 2016' di MRSM Beseri. Annual event alumni MRSM Beseri dengan tujuan giving back to society.

On the way ke Perlis dari KL Sentral, ada seorang uncle cina duduk sebelah. Masa awal perjalanan sempat la borak2 ckit, tanya nak ke mana, etc. Then dia tido, aku baca buku.

Bila dia bangun, dia ke toilet & cafe.. balik je dari cafe, dia bwk something dlm pek keluaran Detpak "Nah, untuk you". Buka2, ada hot milo & sandwich sardine...terharu.... :D

Hot milo & sandwich sardine
Detpak

Detpak adalah salah satu anak syarikat Detmold, Australia mari, specifically Adelaide mali maa.. Yang rasa cam agak special ckit psl Detpak ni adalah sebab kilangnya & HQ memang di Adelaide :)
Keduanya, sebab ada kawan local yang keje engineer kat ctu. Masa mula kenal, dia cite dia pnah dihantar bertugas di Dubai, so dia tau serba sedikit psl muslim cultures. 
Disebabkan dia ada darah keturunan Germany belah mak, jadi dia lahir sbg kristian lutheran. Tapi tak praktis kristian rasanya, sebab masa tu pon tinggal sebumbung dgn gf sampai 4 tahun sudah. Jarang2 sekali kontek/chat dgn dia. Lepas berbulan2, bila terigt baru msg tny khabar, skali dia ckp dh broke up dgn gf yg 4 tahun tu. Alasannya, "I didn't love her, like the way she loved me"..hadoi,, 
But then, dia bgtau dia dalam proses perkenalan dgn sorang perempuan kt ofis dia, lesbian yg ada anak dari bank sperma. Hmm, interesting... Dia bagitau, dalam ajaran agama dia, LGBT memang tak boleh dan dikira berdosa. Tapi dia bedal gak la, dah suka (cepat je rebound).. Bagi aku, this is something good to do. At least, dia boleh main peranan sebagai bapa kepada anak kandung lesbian tu & boleh ubah minat dan sexuality lesbian tersebut, kepada normal. Obviously, sexuality is a choice...especially perempuan, sebab hati lembut kot. Boleh je diubah klau bersungguh-sungguh kan? Harap hubungan diorang kekal la. 

Berbalik kepada uncle tadi. Kitorg mula rancak bersembang. Dari Malaysia, sampai ke Brunei, sampai ke Qatar, Abu Dhabi bagai..banyak pesanan berguna dan kisah pengalaman yang uncle tu citekan. Masa tanya pasal keje, malu2 dia nak bagitau, lasty dia kuarkan name card nih ha..

Doktor rupanya...

Antara pesanan yang diberikan:
1. Hati-hati dengan orang yang baru dikenali, sebab mungkin ada yang berniat buruk macam pinjam duit tak bayar. 
2. Kejar cita-cita, buat duit banyak, gi keje oversea ke.
3. Etika keja doktor swasta. Macam mana ada sesetengah doktor/hospital swasta yang buat duit dengan tipu patient yang naif, especially yang ada insurans cover. So that, diorg bleh charge fees banyak2.. Wallahualam..
4. Jaga kesihatan & pemakanan, buat exercise gradually.
5. Klau jumpa lelaki baik, kawen cepat2..
dan lain-lain lagi...

Alhamdulillah, he's a very nice person. Then kitorang exchange number...

Menu dalam ETS


Di atas adalah senarai menu yang dijual kt kafetaria dalam ETS. Harga up ckit la dari kedai kt luar, tapi ok la utk alas perut. Antara kemudahan lain, ada tandas di setiap koc & surau. Movie play pon ada, tapi biasanya Harry Potter je sebab bersambung2. Kalau nasib tak baik, kartun Mr.Bean je..haha..

So bagi yang travel sorang, klau nak mengelakkan keboringan melampau, buat la sesuatu, baca buku ke, dengar lagu ke, tengok movie sendri kt lappy ke..tapi make sure ada bateri yang mencukupi la, sebab xde nampak plak plug untuk mengecas. Mungkin ada di tempat2 yang tersembunyi. 
ETS amat laju & punctual. So, make sure ada kat stesen, dalam 30 minit awal sebelum waktu perjalanan yang tertulis dalam tiket.
Tiket boleh dibeli secara online: KTMB E-Ticket 


Monday 4 April 2016


Tanggal 9 Februari 2016, aku meninggalkan bumi Kangaroo, Australia untuk kembali menyambung tugas dan meneruskan hidup di Malaysia. Dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS), berkali-kali aku katakan dalam hati, 'aku tak ingin kembara lagi' ....

Namun, setelah sampai di KLIA, aku disambut oleh ex-classmate form 3 aku, Natrah Mohd Emran. Beliau menyambut kepulangan aku dengan sebuah buku nukilan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Bin Zainal Abidin (MAZA), antara ilmuan agama yang aku kagumi. Terima kasih sahabat, untuk pemberian yang tak terhingga ini, sehingga mengubah fikiran aku selepas mengkhatam buku ini dalam masa seminggu. 

Amat hebat tulisan beliau, penuh spiritual, motivasi, sejarah tamadun Islam dan Barat. Melalui bacaan ini juga, aku dapati terdapat hadis mengenai bangsa Eropah, iaitu 5 karakter baik bangsa Eropah yang telah diberitahu oleh Nabi Muhammad saw, Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja

Untuk sinopsis buku ini, boleh melawat laman web Dr.Maza sendiri : Daku Ingin Mengembara Lagi…

Lalu, membuatkan aku tertanya, apakah bangsa teman-teman Australianku? satu persatu jawapan yang diberikan adalah tidak jelas, malah mereka sendiri tidak dapat mengenalpasti bangsa dan budaya sendiri. Jadi, aku anggap, mereka juga adalah bangsa Eropah yang lahir dan membesar di Australia. Budaya Eropah dibawa ke seluruh Australia. Nama-nama jalan dan suburb yang wujud di Eropah terutamanya England, juga dapat dilihat di Australia seperti Campbeltown, St Peters, Hyde Park, etc. Mungkin membuatkan mereka, "feels like home" katanya :)

Ke manakah destinasi selepas ni?? Mungkinkah Mesir, Oman, Europe, Spain....wallahualam..