Showing posts with label Fascinating Perlis. Show all posts
Showing posts with label Fascinating Perlis. Show all posts

Wednesday, 29 March 2017

Resipi: Rendang Ayam Minang

29/3/2017, 1 Rejab 1438H

Rendang Ayam Minang

Bahan-bahan:

1kg Ayam

Segenggam Cili Kering 
5 tangkai Cili Besar
Halia
Bawang Putih                                                
Bawang Merah (lebih dari Bawang Merah)
Bawang Besar
3 batang Serai
Lengkuas
Daun Limau Purut (dihiris)
Daun Kunyit (dihiris)
Santan
Kerisik
Garam
Gula Merah
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan:
  1.  Panaskan minyak. Kisar Cabai Kering, Cili Besar, Halia, Bawang Putih, Bawang Besar, Serai dan Lengkuas.
  2. Tumis bahan kisar.
  3. Panaskan Santan sehingga mendidih.
  4. Masukkan Ayam.
  5. Masukkan Kerisik.
  6. Perasakan dengan Garam dan Gula.


 Sumber: Makcik Fauzia (Indonesian)

Resipi: Rendang Kerang

29/3/2017, 1 Rejab 1438H

Rendang Kerang

Bahan-bahan:

1kg Isi Kerang
Cabai Kering - dikisar
Halia – dikisar
Lengkuas - dikisar
Bawang Putih - dikisar
Bawang Merah – dikisar
Jintan Manis - dikisar
Biji Ketumbar - dikisar
4 batang Serai – diketuk
Santan
Kerisik
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan:
  1. Kisar Cabai Kering, Halia, Lengkuas, Bawang Putih, Bawang Merah, Jintan Manis dan Biji Ketumbar. Tumis bahan kisaran dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan Isi Kerang dan Serai.
  3. Masukkan Santan dan didihkan.
  4. Masukkan Kerisik dan biarkan sehingga kuah sedikit kering.
  5. Perasakan dengan Garam dan Gula secukupnya.
  6. Hidangkan bersama Nasi Impit atau sebagai lauk bersama Nasi Putih.

Sumber: Ibu sendiri.

Resipi: Pajeri Nenas

29/3/2017, 1 Rejab 1438H

Pajeri Nenas

Bahan-bahan:

1 bungkus kecil Rempah Daging
1 biji Nenas (Terung/Buah Labu)
Bawang Putih
Bawang Merah
Halia
Kulit Kayu Manis
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Kerisik
Santan
Garam
Gula
Air
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
  1. Tumis Bawang Putih, Bawang Merah, Halia, Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang dan Bunga Cengkih.
  2. Masukkan Rempah Daging dan Air. Didihkan sehingga garing.
  3. Masukkan Nenas dan gaul rata dengan Garam dan Gula sehingga Nenas mengecut.
  4. Masukkan Santan sehingga mendidih.
  5. Masukkan Kerisik. Biarkan sehingga agak kering dan berkuah.
Sumber: Ibu sendiri.

Saturday, 11 February 2017

Laksa Utara

Laksa Utara




Bahan-bahan Kuah Laksa:
Cili Kering - dikisar
Bawang Besar - dikisar
Belacan - dikisar
Ikan Kembong - direbus dengan asam keping
Ikan Selayang - direbus dengan asam keping
Daun Kesum
Bunga Kantan
Asam Keping
Air
Garam secukup rasa

Ulam-ulaman:
Daun Selom - dihiris
Bawang Besar - dihiris
Timun - dihiris
Cili Padi - dihiris
Limau Nipis - diperah
Telur - direbus
Laksa/Bihun - direbus

Cara-cara:
1. Masukkan bahan yang telah dikisar, ke dalam periuk. Rebus untuk seketika.
2. Kisar isi ikan kembong dan ikan selayang yang telah direbus. Tapis isi ikan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk yang sedang mendidih.
3. Masukkan bunga kantan, asam keping, air dan garam secukup rasa. Didihkan untuk seketika.
4. Masukkan laksa yang telah direbus, ulam dan kuah ke dalam mangkuk untuk dihidangkan.




Monday, 11 April 2016

Plum vs Pelam

11 April 2016

Plum vs Pelam

Bunyi sebutannya sama, tapi rupa dan rasa yang sangat berbeza ;)

Antara plum dan pelam harum manis, mana satu pilihan anda??

Sekitar bulan April ke Jun, Perlis dan orang Perlis akan glamer..haha..

Pelam/mangga harum manis, only in Perlis (support produk tempatan)



Sunday, 10 April 2016

ETS trip KL to Arau

8 April 2016

Kali kedua aku amik ETS balik ke Arau untuk attend gathering 'Sirih Pulang Ke Gagang (SPKG) 2016' di MRSM Beseri. Annual event alumni MRSM Beseri dengan tujuan giving back to society.

On the way ke Perlis dari KL Sentral, ada seorang uncle cina duduk sebelah. Masa awal perjalanan sempat la borak2 ckit, tanya nak ke mana, etc. Then dia tido, aku baca buku.

Bila dia bangun, dia ke toilet & cafe.. balik je dari cafe, dia bwk something dlm pek keluaran Detpak "Nah, untuk you". Buka2, ada hot milo & sandwich sardine...terharu.... :D

Hot milo & sandwich sardine
Detpak

Detpak adalah salah satu anak syarikat Detmold, Australia mari, specifically Adelaide mali maa.. Yang rasa cam agak special ckit psl Detpak ni adalah sebab kilangnya & HQ memang di Adelaide :)
Keduanya, sebab ada kawan local yang keje engineer kat ctu. Masa mula kenal, dia cite dia pnah dihantar bertugas di Dubai, so dia tau serba sedikit psl muslim cultures. 
Disebabkan dia ada darah keturunan Germany belah mak, jadi dia lahir sbg kristian lutheran. Tapi tak praktis kristian rasanya, sebab masa tu pon tinggal sebumbung dgn gf sampai 4 tahun sudah. Jarang2 sekali kontek/chat dgn dia. Lepas berbulan2, bila terigt baru msg tny khabar, skali dia ckp dh broke up dgn gf yg 4 tahun tu. Alasannya, "I didn't love her, like the way she loved me"..hadoi,, 
But then, dia bgtau dia dalam proses perkenalan dgn sorang perempuan kt ofis dia, lesbian yg ada anak dari bank sperma. Hmm, interesting... Dia bagitau, dalam ajaran agama dia, LGBT memang tak boleh dan dikira berdosa. Tapi dia bedal gak la, dah suka (cepat je rebound).. Bagi aku, this is something good to do. At least, dia boleh main peranan sebagai bapa kepada anak kandung lesbian tu & boleh ubah minat dan sexuality lesbian tersebut, kepada normal. Obviously, sexuality is a choice...especially perempuan, sebab hati lembut kot. Boleh je diubah klau bersungguh-sungguh kan? Harap hubungan diorang kekal la. 

Berbalik kepada uncle tadi. Kitorg mula rancak bersembang. Dari Malaysia, sampai ke Brunei, sampai ke Qatar, Abu Dhabi bagai..banyak pesanan berguna dan kisah pengalaman yang uncle tu citekan. Masa tanya pasal keje, malu2 dia nak bagitau, lasty dia kuarkan name card nih ha..

Doktor rupanya...

Antara pesanan yang diberikan:
1. Hati-hati dengan orang yang baru dikenali, sebab mungkin ada yang berniat buruk macam pinjam duit tak bayar. 
2. Kejar cita-cita, buat duit banyak, gi keje oversea ke.
3. Etika keja doktor swasta. Macam mana ada sesetengah doktor/hospital swasta yang buat duit dengan tipu patient yang naif, especially yang ada insurans cover. So that, diorg bleh charge fees banyak2.. Wallahualam..
4. Jaga kesihatan & pemakanan, buat exercise gradually.
5. Klau jumpa lelaki baik, kawen cepat2..
dan lain-lain lagi...

Alhamdulillah, he's a very nice person. Then kitorang exchange number...

Menu dalam ETS


Di atas adalah senarai menu yang dijual kt kafetaria dalam ETS. Harga up ckit la dari kedai kt luar, tapi ok la utk alas perut. Antara kemudahan lain, ada tandas di setiap koc & surau. Movie play pon ada, tapi biasanya Harry Potter je sebab bersambung2. Kalau nasib tak baik, kartun Mr.Bean je..haha..

So bagi yang travel sorang, klau nak mengelakkan keboringan melampau, buat la sesuatu, baca buku ke, dengar lagu ke, tengok movie sendri kt lappy ke..tapi make sure ada bateri yang mencukupi la, sebab xde nampak plak plug untuk mengecas. Mungkin ada di tempat2 yang tersembunyi. 
ETS amat laju & punctual. So, make sure ada kat stesen, dalam 30 minit awal sebelum waktu perjalanan yang tertulis dalam tiket.
Tiket boleh dibeli secara online: KTMB E-Ticket 


Saturday, 11 June 2011

Welcome to Perlis Indera Kayangan

Apa kabaq hangpa semua?

Entry kali ni kena la speaking loghat Peghelih (Perlis).. disebabkan saya orang Perlis, jadi rasa terpanggil la nak crite sikit pasal negeri nih...

Tempat-tempat menarik di Perlis bleh dilihat dalam peta yang saya lukih upload di bawah ni : 



Antara tempat-tempat menarik di Negeri Perlis :
1. Padang Besar - tempat shopping barang made in Thailand yang murah2 dan bleh tawar harga.. 
2. Bukit Ayer - tempat mandi manda free...klau nak rasa mandi ayaq (air) bukit, bleh la mandi sini...hutan-hutan ckit la ...b*bi hutan pon ada..hoho..careful ya
3. Taman Ular - terletak di Batu Pahat, Johor Perlis..macam2 spesies ulaq (ular) ada di sini..
4. Kuala Perlis - jeti untuk feri ke Langkawi...bleh juga makan2 seafood di sini dengan harga yang berpatutan...sebut Kuala Perlis, mesti teringat laksa Kuala Perlis..got to try.. 
5. Wang Kelian - shopping centre gak mcm Padang Besar, tapi orang cakap, sini lg murah harganya..dekat sangat dengan Thailand.. jangan terlajak ke sana yer..
6. Gua Kelam - Gua yang banyak stalagtait..ada 2 laluan nak ke seberang gua tu,samada daki bukit, atau berjalan atas jambatan kayu merentasi gua..baru leh nampak stalagtait sume tuh..bila dh lepas ke seberang, leh la mandi2 kat sungai situ..best !! lama lak tak pi (pegi)..


tu la, yang larat sy critakan pasal Perlis..nanti sy post lg real pic yer..


Mai la Peghelih, permai lagi mempersona ...  ^_^

Teratai Putih, Padang Besar

Hi,

Me and Hana (my beloved colleague) went for audit at SMK Padang Besar (U), Perlis on last Monday..so I took this opportunity to have lunch at a famous restaurant nearby, called Teratai Putih..It is near to Padang Besar duty free shopping centre..Also, it has a few resort rooms. The scenary was good, the service was good as well.. Thus, I recommend all of u to taste the delicious food (especially Thai food) at this restaurant..


"apple with asam boi" for apple worm