Thursday 1 November 2012

1 November

Alhamdulillah...

Hari ni genap 5 tahun aku berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia..aku mula mendaftar diri sebagai kakitangan awam di Jabatan Akauntan Negara pada 1 November 2007. Keesokan harinya, aku lapor diri di Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Putrajaya. Cousinku, Syazwan yang menemani aku ke KL. Tak lama lepas tu, dia plak dapat keja di AADK. Alhamdulillah...

Tempoh khidmat aku di SPR hanya 1 tahun 2 bulan sahaja sebelum aku ditawarkan jawatan bertaraf diploma di Jabatan Audit Negara pada 4 Januari 2009 hingga sekarang. Masa berkhidmat di SPR, sempat merasa suasana PRU 12 pada tahun 2008. Walaupun aku bekerja di Unit Kewangan, tetapi aku terlibat dengan kerja menyemak kertas undi di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) KL. Masa tu, kitorg perlu kerja secara syif. Penah la dapat syif malam, balik pagi dengan pening2 lalat trus masuk ofis wat keja kewangan plak. Tapi yang bestnya dapat beramah mesra dengan kawan-kawan dari unit lain. Dari situ, mula kenal-kenal antara satu sama lain. Sampai sekarang, aku masih menghubungi bekas rakan sekerja, terutama Idayu.

Pengalaman berkursus semasa di SPR..banyak tempat yang best..masa mula lapor diri di sana, Unit aku sedang merancang kursus kewangan di The Legend Water Chalet kat Port Dickson..dapat gak la merasa dok hotel apartment yang best sangat2..haha

Selain tu, penah gak attend kursus anjuran SPR di Labuan, Grand Continental Langkawi, Grand Continental Terengganu..Selepas PRU-12, SPR buat kursus dan hari sukan SPR di UDM (dahulu dikenali KUSZA). Masa tu aku wakil zon KL sebagai reserve player netball..main dalam hujan lebat, tapi aku sempat jadi pom-pom girl je la..tak sempat ganti main pon, team aku dh jadi juara netball..hehe..best sangat..

Julai 2008, aku mula buat degree secara ePJJ di UiTM Shah Alam. Aku bersama-sama ngan staf SPR lain, Idayu & Kak Leen mula mendaftar di UiTM Shah Alam. Diorang banyak tolong aku especially dari segi logistic..hehe..thanks friends..

Tu la antara kenangan yang aku ingat semasa bertugas di SPR Putrajaya selama 1 tahun 2 bulan.. 

In memory...
SPR Putrajaya
1 November 2007 - 3 Januari 2009

No comments:

Post a Comment