Wednesday, 4 December 2013

Trip to Thailand

Hi all,

I always want to post a story about my trip to Thailand. The trip was on January 2013. But I hardly got time to upload the pictures and my post bout that. I went for a 5 days trip to Thailand from my hometown, by bus. Can you imagine?


As you can see at date stamped on the photos, it happened on 24th January 2013. I have no friends on the bus. But I know some people who travelled with me. She was my mom's friend and her daughters. Then, I got to know some other new people on the bus. They live at my hometown as well. Hmm, I love meeting new people. We travelled by a Thai double decker bus. We gathered at the border Malaysia-Thailand, called Padang Besar in Perlis (my hometown). Luckily i got a seats next to the door, and an empty seat next to me. So, it was very comfortable for me. We spent most of our time on the bus.


After we passed the Malaysia and Thailand immigration process, we changed our money (Malaysian Ringgit, MYR) to Thailand Baht at Padang Besar in Thailand. Its location is just across the border, about 5 to 10 minutes drive from the border. Too close wasn't it?









end of Day 1 ...
_____________________________________________________________________________




















Wednesday, 20 November 2013

my nephew - Aish Wafiq



This is my second nephew

Name : Muhammad Aish Wafiq Bin Mohd Fikri
D.O.B. : 1st October 2012
Posted by Picasa

Friday, 2 August 2013

Zakat Fitrah

Assalamualaikum W.B.T.

Selamat berpuasa semua...

Jangan lupa tunaikan kewajipan..bayar zakat fitrah tau..

Resit Zakat Perlis

Thursday, 4 July 2013

Pasca Siswazah MARA 2013

Assalamualaikum W.B.T. & Salam Sejahtera,

Hai,

Lama tak menulis kan? sejak2 internet di rumah dipindahkan...laptop lak rosak..mementang dah abih study, laptop dengan internet, tah ke mana.. haha..sorry la, agak bz ckit lately..macam-macam perjalanan hidup ditempuhi..ada suka, ada duka..kalau boleh, memang nak menulis hari-hari. tapi apakan daya...hehehe..

Ok, kali ni, saya nak cite pasal program pasca siswazah 2013, tajaan MARA...dalam dok belek-belek page MARA tahun ni..tetiba nampak la 1 iklan untuk permohonan tajaan pengajian pasca siswazah 2013, ke luar negara. Untuk tajaan pasca siswazah dalam negara, permohonan dibuka sepanjang masa (menurut pegawai MARA). Permohonan boleh dibuat secara online : http://eduloan.mara.gov.my/# 

Disebabkan pengajian Ijazah Sarjana Muda saya baru je tamat awal tahun ni (Alhamdulillah), saya pon cuba nasib mengisi borang permohonan Pasca Siswazah Luar Negara tu. Requirement agak tinggi. Saya pon tak confident bleh dapat. Saja cuba nasib la..

Masa kuar result April 2013 lalu, saya gagal. Tapi MARA kasi chance untuk wat rayuan. Saya pon wat la rayuan. Masa result rayuan keluar ....Alhamdulillah... 



Saya diberi peluang untuk ambil exam psikometer (macam IQ test) di GMI Bangi. Adik perempuan saya temankan. Kitorg naik train, (bed coach) sampai KL, gi umah abg di Bangi, dia antar ke GMI Kajang. Masa pendaftaran, ada dokumen yang tak lengkap (surat beranak ibu, surat beranak bapa dan unconditional offer letter dari university pilihan). Masa borak-borak tunggu nak masuk dewan exam tu, tanya adik2 yang nak masuk exam gak, masing2 dah bawa offer letter dari rata2 universiti la, Australia, USA, UK. rasa macam saya sorang je yang tak apply mana-mana universiti lagi.. Rasa mcam banyak saingan pon ada. takpe la, kalau ada rezeki, ada la kan...

Malam lepas exam, balik semula ke Perlis, sebab 16 Mei 2013, konvo degree di UiTM Perlis :)  Idak bleh sambung cuti kan, sebab 17 Mei 2013 (Jumaat), cuti umum di Perlis sempena sambutan Hari Keputeraan DYMM Raja Perlis.

Pada Jun 2013, result exam MARA keluar..sangka ada step lain untuk dapatkan tajaan..rupanya, result exam tu consider as final. Kalau dapat, dapat la..kalau tak dapat, tak dapat la..takde interview ape dah. Once again... Alhamdulillah...


Alhamdulillah... dokumen dah dilengkapkan cuma unconditional offer letter je belum serahkan sebab masih dalam proses. Resultnye, bleh semak di Sistem Permohonan Pasca Siswazah MARA


Alhamdulillah, proses permohonan telah selesai dengan jayanya...Tapi....

Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. I'm in dilemma.. Samada nak teruskan ke tak. Sebab, masalahnya, saya kakitangan kerajaan kumpulan sokongan. Jadi, tak layak minta Cuti Belajar untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Master). Cuti tanpa Gaji pon tak layak lagi, sebab 1 tahun perkhidmatan = 30 hari layak cuti. Saya baru 6 tahun berkhidmat, so layak dapat cuti 6 bulan je. Penyelesaiannya, samada berhenti kerja, atau amik cuti tanpa gaji untuk mengikut pasangan bekerja/belajar (padahal pasangan pon takde lagi)... seriously in dilemma..

Kalau berhenti kerja, rugi lak rasa, sebab dah 6 tahun keja, dah sign skim pencen. Kalau resign, pencen tak dapat, KWSP memang xde ah..So kena mula balik kumpul duit. huhuhu..ya Allah, tunjukkan jalan yang benar...hmmm..

Ada masa 6 bulan lagi untuk buat keputusan....so wait for my next post!!!!

Thursday, 1 November 2012

1 November

Alhamdulillah...

Hari ni genap 5 tahun aku berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia..aku mula mendaftar diri sebagai kakitangan awam di Jabatan Akauntan Negara pada 1 November 2007. Keesokan harinya, aku lapor diri di Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Putrajaya. Cousinku, Syazwan yang menemani aku ke KL. Tak lama lepas tu, dia plak dapat keja di AADK. Alhamdulillah...

Tempoh khidmat aku di SPR hanya 1 tahun 2 bulan sahaja sebelum aku ditawarkan jawatan bertaraf diploma di Jabatan Audit Negara pada 4 Januari 2009 hingga sekarang. Masa berkhidmat di SPR, sempat merasa suasana PRU 12 pada tahun 2008. Walaupun aku bekerja di Unit Kewangan, tetapi aku terlibat dengan kerja menyemak kertas undi di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) KL. Masa tu, kitorg perlu kerja secara syif. Penah la dapat syif malam, balik pagi dengan pening2 lalat trus masuk ofis wat keja kewangan plak. Tapi yang bestnya dapat beramah mesra dengan kawan-kawan dari unit lain. Dari situ, mula kenal-kenal antara satu sama lain. Sampai sekarang, aku masih menghubungi bekas rakan sekerja, terutama Idayu.

Pengalaman berkursus semasa di SPR..banyak tempat yang best..masa mula lapor diri di sana, Unit aku sedang merancang kursus kewangan di The Legend Water Chalet kat Port Dickson..dapat gak la merasa dok hotel apartment yang best sangat2..haha

Selain tu, penah gak attend kursus anjuran SPR di Labuan, Grand Continental Langkawi, Grand Continental Terengganu..Selepas PRU-12, SPR buat kursus dan hari sukan SPR di UDM (dahulu dikenali KUSZA). Masa tu aku wakil zon KL sebagai reserve player netball..main dalam hujan lebat, tapi aku sempat jadi pom-pom girl je la..tak sempat ganti main pon, team aku dh jadi juara netball..hehe..best sangat..

Julai 2008, aku mula buat degree secara ePJJ di UiTM Shah Alam. Aku bersama-sama ngan staf SPR lain, Idayu & Kak Leen mula mendaftar di UiTM Shah Alam. Diorang banyak tolong aku especially dari segi logistic..hehe..thanks friends..

Tu la antara kenangan yang aku ingat semasa bertugas di SPR Putrajaya selama 1 tahun 2 bulan.. 

In memory...
SPR Putrajaya
1 November 2007 - 3 Januari 2009

Friday, 19 October 2012

Sara Homestay di Perlis

Sara Homestay <---- Klik di sini...

2 bilik tidur dilengkapi dengan penghawa dingin dan kipas.
2 bilik air/shower.
Peti sejuk, dapur, TV, mesin basuh dan perabot disediakan.

5 minit ke Politeknik Pauh
5 minit ke kampus induk UNIMAP
5 minit ke MRSM Ulu Pauh
10 minit ke Changlun/Kodiang, Kedah
15 minit ke UiTM Perlis
15 minit ke Matrikulasi Arau
20 minit ke bandar Kangar
20 minit ke Kuala Perlis
20 minit ke UUM Sintok, Kedah
25 minit ke Padang Besar
40 minit ke Wang Kelian

Berdekatan dengan kedai makan, kedai runcit, klinik, dobi, pasaraya C-Mart
Arau/Changlun, lebuhraya Changlun-Kuala Perlis, masjid dan pasar malam
(Khamis).

Hubungi saya untuk tempahan.


FAIZA

019-461 5921
sara.homestay@yahoo.com

Wednesday, 16 May 2012

Selamat Hari Guru 2012

Assalamualaikum W.B.T.

First and foremost nak wish SELAMAT HARI GURU kepada semua guru/pendidik di dunia ni... everyday is a  teacher's day...

Mesti banyak pengalaman dan kisah kita nak share kan zaman sekolah...umur brapa korang mula masuk sistem pendidikan? well as for me, were as per below :

1990 - 1990 : Tadika Kemas Kubang Paya, Pauh, Perlis
1991 - 1996 : Sekolah Kebangsaan Pauh, Pauh, Perlis (UPSR)
1997 - 1999 : Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad, Arau, Perlis (PMR)
2000 - 2001 : Maktab Rendah Sains MARA, Beseri, Perlis (SPM)
2002 - 2006 : Universiti Teknologi MARA Arau, Perlis (Diploma in Accountancy)
2008 - 2012 : Universiti Teknologi MARA Shah Alam/Arau (BBA Finance)

Fuhhh, lama btol proses pembelajaran kan?? bukan senang nak mendidik dan terdidik..hehe..tanpa guru, hidup terumbang-ambing sebab takde pembimbing.. tugas guru bukan la mudah..nak mendidik anak murid sampai paham..nak mengajar anak murid dari buta huruf sampai celik huruf, fuhh mencabar tu..melayan kerenah anak murid lagi..kuat nanges la, gaduh kt skolah la..hish..macam2 hal kan..

Penghormatan kepada guru...semua guru harus di respect..x kira la dia ajar kita ke tak..semuanya harus dihargai..tanpa ilmu yang diorang curahkan, sapa la ktia ni kan... bila kita dh berkaya, jangan la plak sombong kepada guru kita tu..sebarkan ilmu yang kita dapat tu kepada orang lain pulak..

Pengalaman aku di sekolah, memang banyak..nak cerita satu persatu, amik masa ckit la...zaman sekolah aku dari kecik memang sentiasa menyeronokkan dan memberansangkan.. aku respect semua guru aku..tapi ada sorang guru yang aku memang respect sampai akhir hayat aku, ustaz masa sekolah rendah aku : Ustaz Abdul Haris Romli ...

Kenapa aku appreciate amat ngan ustaz ni?? well, Ustaz Haris ajar subjek Pendidikan Islam di SK Pauh masa aku darjah 3 sampai darjah 6..masa tu aku aktif dalam kelab muzik kt sekolah..wat show sana sini...(macam artis lak)..aku memang x close sangat ngn ustaz ni, malah aku amat takut ngan ustaz nih sebab dia amat garang..hoho..hari2 mintak kelas ustaz tak masuk kelas, sebab takut kena marah/denda..

Tapi bila dh besar ni, baru la aku paham, tugas seorang ustaz lebih dari mendidik anak muridnya dalam pelajaran Pendidikan Islam di sekolah..Malah, mendidik anak muridnya untuk melakukan amal ibadat yang sempurna dalam kehidupan harian..aku teringat lagi masa darjah 3 dulu, ustaz cukup tekankan pasal rukun Islam.. solat dan puasa memang menjadi kewajipan.. tapi ramai yang amik mudah kan? Alhamdulillah aku dididik oleh ustaz yang amat ambil berat perkara tu..masa tu, ustaz siap sediakan jadual 5 waktu solat bagi setiap minggu...

So parent kt umah kena pantau anak2, klau solat, tick kt jadual tu, klau x solat, pangkah je..nanti esoknya p kelas, ustaz akan check..sapa yang x solat tu, kena rotan la..masa tu memang takut ya amat..tapi takut kt ustaz, bukan takut kt Allah...dalam hati memberontak gak, "kenapa la ustaz ni garang sangat...biar la orang x nak solat pon..." hehe, well, tu fikiran masa umur 9 tahun..Alhamdulillah, bila difikirkan hikmahnya..aku sentiasa cuba sedaya upaya menjaga solatku, puasa dan lain-lain lagi..bukan kerana takutkan ustaz, tapi kerana takutkan Allah.. Alhamdulillah...

Ustaz, jasamu dikenang..semoga Allah akan memberi ganjaran atas usaha dan ilmu yang telah dicurahkan..kepada guru-guruku, aku doakan kalian sentiasa dirahmatiNya..takde kata-kata yang bleh menggambarkan betapa aku amat menyayangi dan menghargai guru-guruku..

Thank You So Much.....

Happy Teacher's Day ....