Wednesday 15 June 2011

Selamat Hari Penderma Darah Sedunia !!

_________________________________________________________________
Assalamualaikum wbk dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Tan Sri/ Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan, 

Di sini saya ingin merayu bantuan warga JPA yang mempunyai darah jenis O(-ve) 
untuk menderma darah bagi membantu salah seorang ahli keluarga saya yang perlu 
menjalani pembedahan pintasan jantung dengan kadar segera. Kami memerlukan 
sekurang-kurangnya 6 orang penderma. Sekiranya ada antara warga JPA yang sudi 
menghulurkan bantuan dipohon menghubungi saya dengan kadar segera. Butir-butir 
lengkap adalah seperti dibawah:

Jenis Darah: O(-ve)
Temujanji: 16hb Jun 2011 (Khamis)
Tempat: Pantai Medical Center Bangsar (Pengangkutan disediakan)
Hubungi: Liza (0133688799 / 0388854357)

Keprihatinan YBhg. Tan Sri/ Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan saya dahului dengan 
ucapan ribuan terima kasih. Hanya Allah swt yang dapat membalasnya. 

Sekian, terima kasih. 
__________________________________________________________________

Kawan-kawan,

Pernahkah anda rasa terpanggil untuk menderma darah?

Pernahkah anda bayangkan sekiranya anda atau ahli keluarga anda berada dalam situasi tersebut?

Jika anda gemarkan cabaran, cuba la...sekali cuba, mesti nak lagi.. :)

Apa yang penting, niat kena la ikhlas "Lillahi Taala", always set in mind yang darah anda dapat menyelamat nyawa orang lain..

Di bawah ni, ada beberapa keping gambar program Derma Darah Pra Ramadhan anjuran ANSERI (alumni MRSM Beseri) & ASPUTRA (alumni SM Sains Tuanku Syed Putra) yang dibuat di kolej kediaman UNIMAP pada 2010..

Sesi 'meracun' untuk isi borang
Soal jawab sampai puas hati
Nurse cekak pinggang sambil tunggu beg darah penuh
Black : Sengih je?
Green : Eh, mesti la..hari ni jadi hero
..
Romi : Chillex...
Romi : arghh...
 (Nurse : Cucuk pon blom lagi..)
say 'cheese'
ermm...nak isi ke tak nih??
isi je larr ...
Isi darah penuh2
Green : Hello syg, abg tgh derma darah nih..hero tak??
Dr.Faizah (ASPUTRA) tengah cek 




Tunggu turn ...






This kind-hearted lady takleh derma sebab tak cukup tido.. :(

................................................................................................................................
Penyimpanan dan Kegunaan Darah
Darah yang didermakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis produk atau komponen:
  •  Sel darah merah – whole blood, packed red cell, buffy-coat poor red cell, filtered red cell.
  • Plasma – fresh frozen plasma, cryosupernatant, cryoprecipitate
  • Platelet – random platelet concentrate, apheresis platelet 
Setiap produk atau komponen darah ini mempunyai cara penyimpanan dan kegunaan yang berbeza. Antaranya:
  • Darah yang telah melalui ujian saringan dan telah diproses kepada sel darah merah, platelet dan plasma akan disimpan mengikut jenis darah, kumpulan darah ABO dan tarikh luput masing-masing.
  • Sel darah merah perlu disimpan pada suhu 2oC – 6oC dan boleh bertahan selama 35 hari.
  • Plasma perlu disimpan pada suhu -30oC dan boleh bertahan selama 2 tahun.
  • Platelet perlu disimpan pada suhu 20oc – 24oC dan perlu sentiasa digerakkan (agitated).Jangka hayat platelet hanyalah 5 hari daripada tarikh pendermaan.  
Setiap produk atau komponen darah ini ada kegunaan masing-masing:
  • Whole blood – unit darah yang didermakan yang tidak menjalani proses pengasingan. Digunakan untuk kes-kes seperti pesakit yang kehilangan darah akibat kemalangan dan untuk pertukaran darah (Exchange Transfusion, ET) bayi akibat jaundis neonatal yang teruk.
  • Sel darah merah – untuk masalah kekurangan hemoglobin (anemia) seperti penyakit buah pinggang dan panyakit kanser.
  • Plasma – kes-kes pendarahan semasa bersalin, lecur akibat kebakaran, pendarahan akibat kerosakan hati.
  • Platelet – untuk penyakit-penyakit kekurangan platelet seperti demam denggi dan leukemia.

    More Blood, More Life ...

No comments:

Post a Comment