Wednesday 21 March 2012

Singapore....here I come !!!

Baru-baru ni aku berkesempatan untuk join trip ke Singapore-Ayer Hitam-Nilai. Trip ke Singapore paling dinanti-nantikan dalam hidup aku. Masa aku darjah 6 (year 1996), aku penah attended jambori tunas puteri (wakil Perlis) di SM Tun Fatimah, Johor. Malam sebelum balik tu, cikgu bawak kami2 ni makan kt JB yg ngadap Singapore..nampak la lampu2 pulau dari JB tu. Bermula dari situ aku mula pasang angan2 untuk melawat Singapore. Alhamdulillah selepas 16 tahun (2012-1996), baru la impian tu tercapai..lama gak kan..Actually ni first time aku gi oversea..hehe..walhal x lah jauh sangat sea tu. Even Thailand pon aku x penah sampai, takat Padang Besar jek. huhu..

Alkisahnye bermula bila kawan mak aku organize trip dari Perlis ke Singapore. Majoriti yang join trip ni, warga emas la...(nama pon kawan mak kan). My mom ikut gak..Gi naik bas, pakej seorang RM280 termasuk pengangkutan + penginapan + group passport..murah tak? Agen : TMJ Travel, Sungai Petani, Kedah. Tapi aku decided wat individual passport RM100 untuk 2 tahun.

6.oo pm, 16 Mac 2012 (Jumaat)
Mula-mula, kami berkumpul di C-Mart Arau, Perlis. Aku keja half day Jumaat tu..isi form mintak excuse lepas time rehat..byk lak benda nak di setelkan lepas keja. huhu..alih-alih, aku ngan mak aku je peserta rombongan yang terlewat..hihi..yg lain sume dh tunggu dalam bas. alamak..cmne la bleh lewat padahal jam aku dah set 10 minit awal.huhu.. actually, singgah kedai letrik sat, bli iron..bleh bawak gi outstation lepas nih.huhu..Jadiknye, dalam kol 6.30ptg la kami gerak dari Arau.. Lepas tu, bas mula amik peserta2 lain, dari area Kangar lak. Pastu patah balik naik highway, ikut highway Changlun menuju ke Johor la. Pengembaraan bermula jam 7 petang dari Perlis..hehe..

Lepas beberapa jam perjalanan, kami berhenti rehat di R&R Simpang Pulai untuk dinner dan solat jamak Maghrib + Isyak. Lepas settle sume tu dalam sejam, kami teruskan perjalanan. Tido dalam bas je semalaman. Ada gak la berhenti gi toilet kt beberapa tempat yang tidak dapat dikenalpasti. Letih sangat smp tak ingat..huhu..

5.30am, 17 Mac 2012 (Sabtu)
Berhenti di hentian ape yek, di Johor untuk solat Subuh + mandi + breakfast. Tak pasti lak nama hentian tu. 

7.00am
Teruskan 2 jam perjalanan dari hentian tu ke JB Residence Hotel di JB. 

9.ooam 
Tiba di hotel untuk simpan beg. Dari luar hotel tu, bleh nampak Singapore dah. Dekat sangat la ngan tambak Johor. Depan hotel lak ada money changer untuk tukar  matawang Singapore Dollar. Rate SD1 pada hari tu bersamaan dengan RM2.42 (1/2.42=0.41)..Jadi, klau kita tukar RM100, dapat la SD41... (RM100/0.41)..buy rate..

Sell Rate for the day, SD1=RM2.39..klau dari teori finance, klau ada duit lebih lepas kuar dari Singapore nanti, bleh la simpan balance tu dan tukar ke RM apabila rate naik lebih dari RM2.42..dapat untung ckit kan? huhu..juz an opinion..

10.00am
Mula melepasi tambak Johor..melepasi imigresen Malaysia..klau yang group passport tu, sume kena beratur ikut turutan. Jadi, slow ckit la prosesnya compared ngan individual passport holders  nih. 

Sampai di ICA Singapore (Imigresen Singapore) di Woodland, semua peserta rombongan diarahkan untuk bawak turun semua beg yang dibawa untuk diperiksa oleh pihak ICA. Kalau ada suspicious, ICA akan bawak anjing naik bas untuk counter check la. Alhamdulillah xde la sampai ke tahap tu. Sume bawak turun beg/barang masing2 untuk diisytihar.

11.00am
Mula melawat Singapore. Aktiviti pertama adalah Sightseeing Tour di Orchard Road dan membeli -belah di Bugis Street. On the way tu, pemandu pelancong dari TMJ Travel explain la pasal Singapore ni.apa yang boleh dan apa yang x boleh. Contohnya, tak leh langgar lampu isyarat  walaupon kuning, idak nak exit nanti, kena bayar saman dulu. Lepas bayar saman, baru leh kuar dari negara tu. fuhhh, strict kan? tapi bagus la camtu. xde la saman terakru kan..huhu..

Kiri kanan jalan penuh dengan pokok2 besar, teduh la. Pucuk kaduk pon ada, wat hiasan tepi jalan..kalau kat sini, pucuk kaduk tu dah wat ulam dah.huhu.. 


Sume bawak keta slow2 jek, ikut  had yang telah ditetapkan. Pemandu pelancong tu bagitau, bawah pokok besar (dalam tanah) tu, ada ditanam cctv supaya pihak berkuasa dapat memantau keadaan jalanraya dan sebagainya.

Sampai di Bugis Street, kami mula bershopping.. tapi takde la shopping sakan sebab takut over budget lak..huhu..macam2 ada kt Bugis Street termasuk la buah durian 2 ulas =SD2. 
So, aku beli souvenirs :

Keychain [3set x 6] = SD10 (RM24.20)
Fridge Magnet [4] = SD10 (RM24.20)
Plag Jam [1] = SD12 (RM29.04)
Jam tangan [3] = SD10 (RM24.20)
Total = SD42 (RM101.64)
















1.30pm
Lunch di Geylang Serai..food court melayu 2 tingkat..bas parking di tempat parking awam..kemudian jalan kaki je ke food court tu..antara makanan yang dibeli :


Rojak Singapore = SD3.00
Nasi Ayam Penyet = SD4.00
Nasi Ayam Blackpepper = SD3.50
Teh O Panas = SD0.80
Air Longan = SD1.50
Total Lunch (2 pax) = SD12.80 (RM30.98)
+ Tandas = SD0.10 (RM0.24)




















3.00pm
Solat Jamak Zohor + Asar di Masjid Sultan area Arab Street.. tapi tak sempat la jalan2 kt Arab Street sebab rushing ckit..kalau sempat, leh shopping di Kg.Glam di Arab Street tu...juz lalu kt kedai deret depan masjid jek.











Lepas solat di Masjid Sultan, kami melawat The Merlion Park..kat situ bleh la tengok patung kepala singa+ekor duyung yang ada kuar air pancut dari mulut. ada 2 patung singa di situ. Juga, bleh nampak hotel Marina Bay Sands yang ada replika kapal atas 3 tower hotel tu.
Sedang elok-elok ambik gambar, tetiba jek, bateri kamera abih (tak sempat ngecas), kemudian disusuli dengan bateri handphone lak..rasa ralat gak bateri hp abih sebab nak guna kamera hp.. call masuk/keluar memang tak bleh sebab x wat roaming..(pengguna maxis postpaid)..my mom guna celcom prepaid, leh dapat coverage dari SingTel (line S'pore).. tapi cajnya amat la mahal..RM3 per minit for incoming call..






Marina Bay Sands








4.30pm
Bertolak ke Pulau Sentosa..pemandu pelancong belikan tiket (harga termasuk dalam pakej). Sambil tunggu tiket tu, amik gambar depan globe Universal Studio Singapore (USS).. dari tepi jalanraya dah bleh nampak istana Shrek. dalam trip ni, kami x masuk USS..besa la, peserta pon kebanyakannya umur separuh abad, xkan nk layan katun2 lak kan? so xpe la, set target, next time gi S'pore, nak masuk USS lak..tiket masuk SD68 untuk adult.


Then, naik monorail, panjat tangga escalator..sampai atas bukit, ada entrance untuk masuk ala2 wayang "Images of Singapore". Harga tiket untuk adult SD10.00..Dalam tu ada citer sejarah 4 bangsa zaman dahulu kala (in english)..presentation tu memang canggih dan menarik..decoration dalam studio tu ala2 zaman komunis dulu la..


Lepas tayangan 5 minit tu, mula berjalan masuk muzium..muzium budaya 4 bangsa (melayu+cina+india+omputeh)..tema muzium tu lebih kepada upacara keagamaan, sambutan perayaan, perkahwinan, dan sebagainya...patung orang dalam muzium tu, nampak real la..macam real human jek.


Abih melawat dalam muzium, lepak kat luar jap, pastu naik "2 Way Sky Ride" Cable Car lak..tapi bukan cable car mcm kat Langkawi..cable car ni open punya..1 cable car bleh naik maksimum 4 orang..xde pintu kiri kanan, atas bawah..scary kan bunyi?? ok, 1st time naik, memang jadi keras mcm patung sebab scary..so xde gambar sebab xleh nk klik kamera..haha..sampai je kat station bawah tu, leh turun gi jln2 kat tepi pantai..ada budak2 mandi..tapi pantai kecik jek..cantik la..dah bergambar2 kt pantai tu (numpang kamera orang jek), naik balik cable car..masa otw ke station atas tu, ada 1 kamera kt tiang..klau x perasan mmg rugi..haha..seb baik sempat senyum kt kamera tuh.. so bila sampai kt stesen atas, bleh tgk la gambar yg kamera td tu tangkap.. klau nak beli, diorg akan print caj SD12.00..lepas tu naik monorail lak, balik ke asal.


7.40pm
Layan tgk show "Songs of the sea" lak..seb baik tak ujan..show ni wat kt tepi pantai..ada tempat duduk kayu, bertingkat2 mcm tgk bola lak..bezanya tgk bola kt padang, tp yg ni kt tepi laut..kt pesisir laut lak ada wat rumah kayu ala2 mcm cite duyung Aspalela tu..masa tunggu tu, sume tertanya2, mcm mana show ni..suspen jek..tetiba ada budak2 dalam 12 orang la masuk, lari bersorak2...pastu trus nyanyi2, mcm pantomen la..play recorded voice, diorg gerak2 mulut ngn wat action jek..yg wat show tu baya2 budak skolah menengah jek, 3 bangsa..nyanyi punya nyanyi, tetiba baru la nmpk function rumah kayu dalam laut tu..


klau korang pnh tgk layar air kt Putrajaya, haa mcm tu la..kiranya, budak2 tu interact ngn 'angel' yg kuar dari rumah tu..tp light je, bkn physically..penceritaan tu sumenye in english..kisah psl nak selamatkan tuan puteri tu dari makhluk jahat..so budak2 tu kena nyanyi kuat2 la untuk kalahkan makhluk jahat tu..ngalahkan otromen lak kan..best la..dengan letup2 api la, kuar bunga api la, kaler2..very nice..memang puas hati ngn harga tiket SD10.00 tu..


9.00pm
Lepas show tu, kami pon panjat tangga lak untuk naik bas. Next, gi shopping kt Mustapha Centre di Serangoon Road. kat sini, aku beli mp3 player yang kecil mcm ipod nano tu, SD9.00 (RM21.78)..agak murah la, sebab b4 tu,ada gi survey kt Alor Setar, harga RM28-30..Lepas tu beli t-shirt S'pore (SD10.00 x 2) kt 1 kedai cina nih..american size..klau biasa pakai size L, kena bli tshirt size M la kt ctu. harga kt kedai tu lebih murah dari Bugis Street..taukeh tu leh cakap melayu..


10.30pm
Bertolak ke JB. Kena declare barang yang dibeli di imigresen Malaysia selepas exit ICA Woodland (imigresen Singapore).


12.00am, 18 Mac 2012 (Ahad)
Check in di bilik 1001 JB Residence Hotel Johor Bahru. Seberang hotel tu ada uptown tutup kol 4 pagi..So, me, my mom n her friend had dinner di uptown tu..


1.00am
Balik hotel dan tidur..



Gov Rate RM115 (Deluxe Room)


InsyaAllah klau umur panjang, murah rezeki bleh gi Singapore lagi..recommended  ^_^






No comments:

Post a Comment